Thursday, June 14, 2012
Minyak sedang dicatu ke?
Sejak 2 minggu lepas,saya perasan yang minyak masak ni diletakkan di kaunter pembayaran.Bukan di tempat khas untuk bahagian minyak.
Ketika itu saya sedang bercuti di kampung suami di Kelantan.Saya ke pasaraya kecil.Saya cari-cari minyak masak ditempat sepatutnya tapi tiada.Rupanya ada diletakkan di kaunter pembayaran.Saya pun tak pula bertanya kenapa.Tapi kebiasaannya,kalau dah minyak dikawal sebegitu,pastinya bekalan minyak masak berkurangan.
Kali ini saya balik ke tempat tinggal saya semula di Kuala Lipis.Saya mencari juga minyak.Ye,bila sudah tiada di tempat sepatutnya,saya dah dapat agak mesti ada di kaunter pembayaran.Sah!Memang ada pun.Baik minyak dalam botol mau pun minyak dalam paket,memang diletakkan disitu.Masih tak bertanya lagi kerana ingin cepat beredar dari situ kerana ada urusan yang berkehendakkan segera.
Satu perkara yang pasti,pembeli hanya dibenarkan membeli 2 peket sahaja atau 2 botol sahaja.Mengikut syarat yang pasaraya itu sendiri yang buat.Nanti akan mulalah kanak-kanak pun turut beratur untuk membeli minyak masak.
Bagaimana di tempat anda?Minyak masak dijual seperti biasa atau tidak?
Pesanan:Saya rasa untung beli minyak dalam botol 5kg dari beli minyak dalam peket sekilo sebanyak 5 peket.
mak saya di kelantan ada komplen jugak psl kekurangan minyak msk... dkat KL ni xtau pulak sbb jarang beli minyak...keluarga kecik kan..
ReplyDeletemaknanya betullah tu kan..sebab saya tak perasan juga,biasa beli dalam botol 5kg..lama juga nak habisnya..
DeleteTak perasan plak minyak derang letak kat kaunter ke tidak. Sbb minyak masak ada lagi. Saya guna minyak canola.
ReplyDeleteUmmiArissa, dengar kabarnya tak elok guna minyak peket. Sebab minyak peket tu minyak kitar semula. Tapi tak tau le kebenarannnya.
nanti bila ke pasaraya saja2 lah tengok minyak masak ada kat kaunter ke kat mana...
Deleteminyak peket minyak kitar semula?oh..tak tahu pula..tapi biasa beli pun minyak botol,minyak peket ni beli bila dah terdesak...he he he
saya mmg beli yg 5kg tu, senang. yg peket tu beli masa zaman dok rmh bujang.
ReplyDeletewkend baru ni balik kg kat pontian, johor pun minyak yg 5kg tu takde. yg ada minyak mahal2 tu..canola, bunga matahari.
beli 5kg senangkan..kalau boleh rembat 2 botol..he he he..
ReplyDeletehmmm kalau kat Johor takde mesti seluruh Malaysia pun macam tu kot.Cuma tak dihebohkan kot,takut pengguna panik,nanti pengguna beli banyak-banyak...mulalah kerajaan pun kalut..
Myra pun selalu beli yang botol rasa lebih jimat dari peket refill tu..
ReplyDeleteTp tak tau lak klaau minyak kena catu ni, dah lama tak tengok berita-sibuk nak exam ;)
Saya berita pun dah lama tak tengok..bukan sebab exam pun sebab sibuk sangat ngadap blog he he he
Delete