Monday, June 11, 2012

Daging Goreng Kacang Buncis


Tengah hari ni masak apa?Dah kehabisan idea ke nak memasak.Bagi surirumah sepenuh masa seperti saya memanglah kalau hari-hari masak,mesti menung memikirkan menu apa nak masak pula hari esoknya.

Saya kalau nak cepat,masak menu yang senang tapi sedap.Inilah menu segera saya kalau saya malas nak masak.Iaitu Daging Goreng Kacang Buncis.

Ramai yang dah tahu resepinya,tapi apa kata saya kongsi untuk yang tak tahu.

Bahan-bahannya:

Daging semangkuk kecil
Bawang besar (dihiris bulat)
Kacang Buncis (dihiris serong)
Cili merah (dihiris serong)
Minyak,garam dan serbuk kunyit

Cara memasaknya:
1.Panaskan kuali,masukkan daging hiris.Biar air daging kering.(dikacau sekali sekala).
2.Setelah air daging kering,masukkan minyak sedikit,goreng daging tadi.
3.Masukkan bawang hiris,kacang buncis dan cili merah.Kacau lagi sebati.Goreng hingga sayur masak.
4.Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.Kacau lagi.Angkat.

Sudah sedia untuk dihidang.Mudahkan.Makan dengan nasi panas-panas.tak perlu lauk lain dah.

Selamat Mencuba.

Pesanan:Ni resepi paling mudah dan ringkas bagi saya.

12 comments:

  1. ish lama tak buat resepi nie...tq berkongsi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi untuk sesiapa yang dah malas nak masak..main campak2 je he he he

      Delete
  2. kacang buncis best!semalam baru makan..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang buncis masak apa tu?kalau goreng sambal pun sedap tau ,kemudian pecahkan telur sedap tau...

      Delete
  3. teringat kat mak kat kampung tengok menu akak nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ye ke Dkna...sampai teringat-ingat pulak..

      Delete
  4. assalam UA..ehem..kat klang ni ada satu kedai nasi kerabu anta lauknya daging goreng buncis..hari2 mama makan nasi kerabu dgn lauk ni..tak jemu..hu2x..thanks share resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama...saya lebih suka kacang buncis dari kacang panjang..sedapkan mama..

      Delete
  5. mkn dgn nasi panas2 mmg sedap kak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ina memang sedap...anak saya pula suka makan berkuahkan minyak tu..tak boleh bagi selalu tak baik untuk kesihatan..

      Delete
  6. Ye..confirm sedap ni. Daging tu kalau empuk lagi la bertambah sedap.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.