Sunday, June 24, 2012

Cantik tapi kotor di Cameron Highlands

Kalau lihat di taman ni yang terletak di Tanah Rata Cameron Highlands memang cantik,kalau nak mengabadikan gambar pun memang sesuai.


Ada dua tempat teduh yang disediakan beserta dengan tempat duduk yang selesa...


Itu kalau kita lihat dari kejauhan.Tamannya memang bersih dari segi sampah sarap yang tidak
kelihatan kerana setiap sudut disediakan tong sampah besar.Memang cantiklah kalau kita nak makan-makan bekal yang dibawa.Duduk bersantai di situkan.


Tetapi disebaliknya,tempat teduh ini,tidak boleh diduduki jika tidak dialas dengan suratkhabar atau tikar.Sangat kotor dan terlihat kekotoran itu seperti sudah lama ditinggalkan.


Ini saya rakamkan pada 23/6/2012..sebelah pagi.

Kelihatan sebuah keluarga demi sebuah keluarga yang bercadang untuk berehat di kawasan teduh terbabit hanya beralih haluan,apabila setiap kali hampir sahaja ditempat tersebut,semua hanya memandang sahaja dan mencari tempat lain untuk duduk.Sayang sekali,tempat khas yang disediakan untuk berehat hanya dapat dipandang sahaja.Melainkan anda membawa tikar atau suratkhabar untuk mengalas punggung anda!.

Saya berasa terpanggil untuk menunjukkan kepada umum tahap kebersihan yang tidak dikawalselia dengan sebaiknya ini  kerana saya adalah antara mangsanya.Janganlah hanya cantik dari kejauhan sahaja,bila didekat sangat buruk.Buruknya tempat itu akan membuatkan tanggapan terhadap Majlis Daerah Cameron Highlands terjejas juga.Harap mereka berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Cameron Highlands bukan sahaja tumpuan untuk warga tempatan sahaja tetapi pelancong dari luar negara.Bagaimana reaksi mereka apabila melihat keadaan ini berlaku?

Semoga pihak yang berkenaan peka dengan keadaan ini.

Pesanan:Cantik di luar cantik di dalam

16 comments:

  1. yela kak cameron highland tak macam dulu dahh..kat atas bukit pun kita leh tengok banyak sampahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tak tahu nak cakap apa kalau macam tu gayanya..

      Delete
  2. Replies
    1. ha..boleh tolong ambilkan gambar terbaru..nak tengok ada beza ke tidak...g ngan family ke ngan opismate?

      Delete
  3. wah g bercuti ya kak..:)
    elok jugak k.ida masukkan ke blog..kot ada mana2 pihak yg baca boleh ambik tindakan segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. g makan angin sejuk je...balik hari je Yana..

      Delete
  4. assalm ummiarissa..cik dah lma sangat tak naik ke CH.tak tau acam mana kedaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Acik Erna...jomlah jalan ke sana cuti2 ni...

      Delete
  5. alahai sygnya.. tmpt menarik camni leh kotor + org xjg dgn baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu kami sampai di sana,itulah tempat pertama kami berhenti,kalau pandangan pertama dah buruk gini,macam mana nak g tempat2 lain kan...pandangan pertama tu penting!..

      Delete
  6. Ummi arissa, betul-betul.. Cameron highlands banyak sampah. Terutamnya tempat yg ada peniaga kat lereng bukit. Nak amik gmbr tapi tak sempat sbb mabuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tu lah..kat lereng bukit tu ye...yang ada jual sayur dan pokok2 tu ke?

      Delete
  7. ala..susah la kalau nk duduk2 kan..makin mau makin kotor la plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah masalahnya...bukan susah sangat nak bersihkan tempat tu..

      Delete
  8. ehem..mama ada kesana tapi tak pernah duduk kat tempat2 rehat ni..tak tahu kotor rupanya..hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berhenti cari parking kat situ susah sikit,jalan pun sempit mama...kebetulan je kami sampai ada parking kosong...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.