Sunday, May 13, 2012

Saya bangga menjadi seorang ibu!

Setiap kali melihat gambar-gambar anak-anak di album lama,selalu mengingatkan saya zaman membesarkan mereka. Banyak kenangan manis dan pahit yang ditempuh oleh kami sebagai ibubapa dalam memberikan didikan yang sempurna dan kehidupan yang sempurna untuk membahagiakan anak-anak.

 Saya ingin mengabadikan gambar anak-anak sewaktu mereka kecil di dalam blog saya supaya mudah untuk saya tatap ketika saya perlu.Memang mereka penyeri hidup kami sekeluarga,walaupun ramai,bermacam ragam,mereka tetap anak-anak yang kami sayangi.Segala kasih sayang yang dicurahkan memang tiada akhirannya.Tetap kekal abadi hingga mati.




Ini anak pertama saya si sulung lelaki Ajwad (14 tahun-2012)


Yang kedua Aisyah kini usianya 13 tahun(2012)


Yang ke 3 Athirah 11 tahun dan ke 4 Ainaa' 10 tahun (2012)



Yang ke 5 Anis 5 tahun dan yang ke 6 Arissa 2 tahun(2012)

Gambar terkini...rasa lambat lagi nak tunggu si kecil dua orang tu besar,padahal,yang lain-lain pun bermula dari kecil...sekejap je dah besar.Rasa aman dan tenang bila melihat mereka baik-baik belaka setakat ini.

Ini gambar umi kepda 6 orang anak di atas.Cute kan....Terima kasih mak!


Selamat Hari Ibu!


Pesanan:Setiap kali melahirkan mereka,setiap kali itulah rezeki sentiasa bertambah.
Terbaru:Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia ke 7 setelah menundukkan Pakistan 2-1.Terbaikk!!!

8 comments:

  1. Memang comel..
    Tahniah ye kak, dah 6 insan lahir ke dunia dari rahim akak..

    Semoga diorang menjadi anak yg soleh dan solehah, aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. MJ-terima kasih...belum campur lagi 2 kandungan yang gugur..semuanya 8 tau..semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah Amin!

      Delete
  2. selamat hari ibu jugak untuk akak :-)

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu utk ummiarissa....

    Bila tengok anak2 membesar, rasanya cepat jer masa berlalu....

    ReplyDelete
  4. same to you MP...

    ye lah bila dah besar baru rasa cepatnya masa berlalu..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. selamat hari ibu juga untuk semua ibu2 di luar sana...termasuk ibu Dkna...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.