Tuesday, May 01, 2012

Jumpa blogger lagi!

Sudah lama saya dan blogger ini mengatur pertemuan.Akhirnya berjumpa juga.Walaupun lain yang dirancang lain yang jadi,kami tetap juga berjumpa.

Asal rancangan untuk mencari kain langsir,dan pastinya di Jakel Kubang Kerian kerana terdapat jualan sempena Hari Buruh.Tetapi atas perkara yang tidak dapat dielakkan,saya tidak jadi untuk bershopping petang tu di Jakel.Jadi saya hanya ajak Yana dan Za jalan-jalan sekali lalu je dalam kedai Jake tersebut.

Malam cadangnya nak pergi membeli,tapi Yana dah sampai KB katanya.jadi saya hanya berjumpa sekejap jugalah dengannya.
Ni sewaktu saya belanja diorang makan di depan kedai Jakel tu,ada kedai ABC.Biasalah sebelum comot make up,ambil gambar dulu.Gambar ni pun ehsan dari Yana dan Za juga sebab saya tertinggal handphone touch saya di rumah mertua,Ala makan pun simple je,bukan mahal pun.Murah je.kan Yana kan.


Sewaktu jalan sekali lalu je dalam kedai Jakel tu,saya tertarik pada kain langsir ni.Bila tanya harga RM13 semeter.Hmmm...fikir panjang juga.Tapi saya nak beli juga nanti untuk rumah baru saya,dapat 2-3 meter pun jadilah.


Sebelum pulang kami bergambar di hadapan Jakel,Kubang Kerian,Kelantan.Kata Yana dulu gambar amik waktu malam,kali ni siang pulak.

Seronok dapat berbual dengan Yana dan Za,maknanya saya berjumpa 2 blogger sekaligus.Yana cantik tau!Za pula comel!Kami berbual seperti sudah lama kenal gamaknya.Adik-adik saya ni,masih single lagi.Pandai bergurau dan ambil hati.Macam-macamlah cerita off record  yang kami bualkan.Dari hal peribadi hingga BERSIH pun kami bual juga...Maklumlah hari tu hari BERSIH.

Memang lain kali nak jumpa lagi mereka.Seronok! Saya dah berjumpa setakat ni 9 orang blogger antaranya eyriqazz,Cik Lily Putih,Kak Ina KL,Kak Lipis Lady,WanieHotFm.Teratakarmo,Redmummy.

Memang ramai lagi saya teringin nak jumpa,kadang-kadang saya takut orang kata 'hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong'kan...he he he..

Pesanan:Tak kenal maka tak cinta,dah kenal jangan bercinta pulak.Adoyai!

8 comments:

  1. Replies
    1. ha'ah lah Wanie..memantau projek akak yang hampir siap...awak g n9 kan masa tu...

      Delete
  2. seronoknya....dari alam maya ke alam realiti...

    ReplyDelete
  3. dengan dkna, akak tak nak jumpa ke?? offer diri nie..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni sepatutnya dah lama jumpa...tapi 'masa' cemburu sangat...takpe kita ikhtiar agar 'masa' tak tahu kita nak jumpa ...he he he

      Delete
  4. hehe...harap2 dapat jupo lagi nanti..:)
    bulih gosip banyak benda lagi..hehe..
    k.ida beli langsir hok beli smeter percuma smeter tu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti..kalau balik kelate akak call Yna lagi...wah mu ni Yna,bakpo dok ghoyak kat ore ramai kak ida beli langsir rego tu..malu lah wei...hua hua hua nangis cenggini

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.