Monday, May 07, 2012

Header Baru,Semangat Baru



Kepala Blog (blog header) saya sudah berubah untuk kali ke 3.Kali ini saya telah meminta bantuan daripada seorang blogger terkenal iaitu Mialiana.Kepada mereka yang biasa datang ke blog saya pasti perasan ianya sudah berubah.

Walaupun tidak pernah bertemu muka,namun sifat kepercayaan dan sifat persahabatan yang kuat di alam maya ini,menyebabkan saya memilih dia untuk membuat header saya itu.Walaupun ianya mudah,tetapi atas alasan saya tidak berapa mahir,maka saya meminta pertolongan Mia.

Nampak ceria sikit blog saya (atas pandangan peribadi saya),maka semangat untuk terus berblogging semakin tinggi.Mia kini menduduki rank#1 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 setakat hari ini.Marilah sama-sama kita mengundi beliau.(promote sikit).he he he

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan gambar lama saya tahun 1996 sewaktu saya ke Jepun dulu sebagai header blog saya.Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk,sekadar melakar kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sewaktu berada di negara matahari terbit itu.

Nanti ada juga hendak saya kongsikan pengalaman saya di negara orang ni,cuma belum masanya lagi.Satu perkara yang pasti hendak saya kongsikan,memang Negara Jepun BERSIH!

Terima kasih Mia!

Pesanan:Kadang-kadang blog ni seperti dalam rumah perlu diubah mengikut kesesuaian.

15 comments:

  1. salam Ita...dulu ada Program Dasar Pandang ke Timur,jadi kami yang belajar di ITM dalam bidang hotel dan pelancongan,terpilih untuk menjayakan program tersebut.Tak lama pun di sana,lebih kurang 6 bulan je.

    ReplyDelete
  2. smoga header baru ni mberi semangat n feel y lebih lg

    ReplyDelete
  3. Semalam dah perasan header ni. Cantik. Betul la ummiarissa ckp, nampak ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak rasa ceria selalu walaupun kadang-kadang duka..terima kasih sebab kata cantik..kalau kata hodoh tadi..tak nak reply dah...he he he(gurau)..

      Delete
  4. sy pun xreti buat header kak.. tempah org je..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ler kita ye..ingat akak je yang tak reti..biasa tempah?mahal tak?

      Delete
  5. sila lah kurus semula seperti ini. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...sedang menuju ke proses itu...tak lama lagi...tungggu....

      Delete
  6. akak, header baru ni memang nmpak cntik. gambar tu pun cantik, bestnye dpt merasa gi Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ek linda cantik?...terima kasihlah...ceria sikit kan...

      Delete
  7. Akak, zaman muda mesti dijadikan kenangan huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah Dkna..agar tidak ditelan zaman...he he he

      Delete
  8. ummi..jeles tgk header comei tu...kenangan tu dapt pi jepun..sy ni bile nak merasa...huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala riedda_ffya...tak yah jeles2 lah.he he he..lagipun dah lama..saya pun dah lupa banyak perbualan dalam bahasa Jepun...ada rezeki boleh je awak pergi suatu hari nanti...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.