Monday, April 09, 2012

Kenapa Kita Menguap?

Gambar cik google


Nampak tak gambar bayi tu menguap?Tak rasa nak menguap sama ke?Fuh!Sedapnya kalau menguap besar kan.Terasa nak tercabut rahang kalau menguap besar dan rasa mengantuk sangat-sangat.

Perasankah kita apabila seseorang menguap,orang lain ikut sama?Penyelidik menyatakan antara 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap akan turut menguap.Bukan manusia sahaja yang menguap.Binatang pun menguap juga.

Sewaktu menaip entry ni,entah berapa kali dah saya menguap.Ish betullah tu.Sebab sambil menaip ternampak pula gambar bayi menguap ni.Apalagi sama menguaplah saya.

Penerangan saintifik menyatakan bahawa kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita.Selain daripada kepenatan,kita juga menguap sekiranya darah kita kekurangan oksigen.Malah, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa menguap dapat melaraskan suhu badan kita.Sesetengah orang berfikiran bahawa kita menguap kalau kita rasa bosan.

Hmm...berhentilah menguap,tarik bantal tidur lagi sedap.Siapa nak join?Jom!!

Sumber:Majalah Asuh Mac 2012.(yang diboldkan sahaja)

Pesanan:Saya rajin juga buat-buat menguap kalau nak hilangkan dengung dalam telinga kalau kita naik tempat tinggi.Mujarab juga.

14 comments:

  1. Replies
    1. cheqna jangan lupa tutup mulut waktumenguap ye...he he he...nanti setan masuk...

      Delete
  2. Menguap baca entry ni sebab tengok budak tu menguap dan ada perkataan menguap dgn banyaknya. Taip nipun menguap jugak. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun tengah menguap gak ni..malam baru dapat balas...ngantuknya...(sambil menguap)

      Delete
  3. ingat lg cikgu ckp.. kalu kita rs ngantuk tu sbb oksigen xcukup sampai dkt otak..

    ReplyDelete
  4. Sallam Ida,

    jangan menguap luas sangat sampai tak leh tutup mulut dah lah Ida, puas bekejar ke hospital atau cari tukang urut nak tutupkan semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa best kak nguap luas2..puas hati..tu kira tak sedar ler tu..he he he

      Delete
  5. tetiba jer mnguap bila tngk gambar baby tu...apa lagi, jommmm tarik bntal...heheh..

    ReplyDelete
  6. tgk pic baby pn da rase menguap ummi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah...berapa kali da menguap ni..lagi2 petang dah ni..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.