Monday, February 27, 2012

Surat dari Johor Bahru

Sudah lama saya tidak mendapat surat bersampul coklat ini.Ye lah mungkin kerana saya hanya surirumah,maka tiada kepentingan saya mendapat surat dari sesiapapun.

Jumaat yang lepas saya menerima sepucuk surat yang mengandungi sebuah hadiah dari teman blogger.Beliau bermurah hati untuk memberi makanan untuk hati dan jiwa iaitu buku doa-doa dan munajat.



Terima kasih kepada kak Liza dari Sweet LizaHanum....pada hari Jumaat juga barang itu sampai..memang penuh keberkatan.Semoga niat murni Kak Liza hanya Allah yang akan membalasnya.


Inilah dia buku tersebut,memang mudah dibeli,tetapi nilai murni pada pemberi itu tak ternilai dengan wang ringgit.Sesiapa inginkan buku ini bolehlah melawat blognya.

Terima kasih.

Pesanan:Saya suka memberi daripada menerima,tetapi kata orang rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.

12 comments:

  1. Seronoknya dpt hadiah. Saya pun suka dpt hadiah. Padahalnya kita boleh beli kalau kita nak, tapi bila dpt hadiah ni feel dia lain skit.

    ReplyDelete
  2. @LydSunshine
    betul tu...pemberian dari orang lebih kita hargai..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki k.ida..dalam dia tu simple2 ke kak?cam bminat gak la tgok ..nipis jer kan?sng nak bawa g mana2..

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt cenderahati yg sgt bermenafaat.

    ReplyDelete
  5. mmg terbaik hadiah tu.... seronok kan dpt hadiah dari teman2 bloggers

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum ida...

    alhamdulillah da selamat sampai....terima kasih yg tak terhingga kerana sudi respon dan buat entry...
    moga ukhuwah yg terjalin ini berkekalan......

    ReplyDelete
  7. @Prettywrite
    ye Yna...kecil dan mudah dibawa..boleh di baca bila2 masa..

    ReplyDelete
  8. @munna
    betul tu munna...hubungan terjalin itu yang penting..

    ReplyDelete
  9. @Lizahanum
    terima kasih juga pada kak Liza, sudi memberi sebahagian ilmu untuk dikongsi bersama...Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.