Wednesday, February 15, 2012

Jom tengok telatah sikecil!

Biasa kita mendengar peribahasa "melentur buluh biar dari rebungnya" yang membawa maksud mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

Anak-anak adalah penyeri rumahtangga.Setiap keluarga yang dikurniakan anak wajib bersyukur dengan pemberian Allah ini.Barangsiapa tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada mereka,maka nescaya Allah sediakan kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka.


Firman Allah swt:


"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,dan Demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim:7)


Maka dengan itu kasih dan sayanglah kepada kanak-kanak.Anak-anak yang masih kecil perlukan perhatian dan kasih sayang kita sebagai ibu dan bapa.

Mari lihat keletah si kecil ini...



Cuba lihat anak saya ni kemain asyik menulis hingga tidak sedar uminya menangkap gambarnya.Kalau diberi pensil dan kertas,pastilah sikecil ini akan menulis.Lihat!Sekecil ini berusia 2 tahun dan sudah pandai menconteng kertas!he he he..

Ini aktiviti yang paling disukainya.Menjadikan kain pelekat babanya sebagai buaian untuknya.Menarikkan!Imaginasi sikecil ini tinggi.Dia boleh mencipta satu perkara atau permainan untuk keselesaan dirinya.



Ini pula aktiviti anak-anak zaman teknologi canggih,zaman IT.Kalau setakat tekan-tekan keyboard komputer tu,biasa dah baginya.Lihatlah dia,seperti mengerti sesuatu yang terpancar di skrin komputer tu.Asyik benar melihatnya.Tangannya tu seperti tahu-tahu je nak tekan yang mana.

Kalau di marah pandai pula membuat memek muka meminta simpati.Kadang-kadang tak jadi nak marah dia sebab dia buat muka lucu pula!Hmm...dah namanya kanak-kanak,mesti kena sayang.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang kepada orang lain,maka orang itu tidak layak mengharapkan kasih sayang daripada orang lain untuknya"


-Rasulullah SAW pernah berpesan lagi,sabda baginda yang bermaksud :
"Kasihanilah orang yang dibumi,nescaya penduduk di langit akan
mengasihanimu"



Pesanan:Inilah pengarang jantung hatiku...waktu kecil di belai-belai....dah besar jangan tergapai-gapai...

10 comments:

  1. anak munna pun suka sgt bila munna pakai kain batik di jadikan buaian bila kita duduk... bab komputer dan hp mmg pandai je diaorg tekan2

    ReplyDelete
  2. setuju sangat, anak2 kita semua kecil2 dah bijak..dan yang penting sentiasa memerhati apa yang kita buat...

    ReplyDelete
  3. @Qhaifa Nur
    ha'ah,satu lagi diorang cepat meniru perbuatan orang dewasa..hati2lah kita dalam setiap perbuatan dan percakapan..

    ReplyDelete
  4. ini satu tauladan yang baik untuk mendidik anak anak

    ReplyDelete
  5. hehe..bukan main lg ralit dok depan komputer tu..
    Biasalah ank zaman IT..

    ReplyDelete
  6. meh sini budak tu.... cubit sket...ngengada nih....buat muka comel plak...

    eleh dia tahu tu org amik gambar. saje nak eksen kan...

    ReplyDelete
  7. @ariana
    tu akak tak tengok lagi dia main hp touch screen saya...pandai dia slide sana slide sini...

    ReplyDelete
  8. @Cik Norfa
    wei maksu..dia tak tahu lah gambar dia orang amik...memang amik curi2 tu..berani nak cubit anak bongsu umi..mehlah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.