Monday, January 30, 2012

Jangan mengeluh bila sakit..


Cuti ni,dah seminggui tak sihat.Ni gara-gara sakit perut mungkin kerana makan makanan yang sangat pedas.Saya tak pasti apakah sakit yang sebenarnya.Kadang-kadang sakit menyucuk di dalam perut.Kadang-kadang masuk angin mengakibatkan perut kembung terik dan sakit yang amat.

Memang sudah ketentuan Allah menguji saya dengat kesakitan ini dan saya redha.

Ke klinik sudah apabila badan rasa lemah tak bermaya dan hasilnya ubat yang berlambak dan suntikan di tangan.Gastrik dan cirit-birit antara ubat yang diberi,5 hari kemudian saya cuba juga gagahkan diri untuk menghantar anak pulang ke asrama di Kelantan.Dan pada hari tersebut dalam perjalanan ke Kelantan,sakit saya bertambah hingga saya hampir pitam setelah terlalu lama di bilik air,mujur sempat keluar dari bilik air,lalu dipapah suami di dalam kereta.

Usaha mencari klinik pada hari Jumaat petang dari Kuala Krai ke Kota Bharu menjadi buntu apabila hampir kesemua klinik ditutup.Apabila tiba di Kota Bharu terus ke klinik swasta yang dibuka dan barulah mendapat perkhidmatan sewajarnya.Lama saya menahan sakit di dalam kereta dan suntikan menahan sakit diberikan.Baru lega seketika tetapi badan sudah teramat lemah.Terpaksa berbaring sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah mertua.


Apa yang saya fikirkan sewaktu sakit?Macam-macam.Semua saya fikirkan....anak-anak,keluarga.amal ibadat saya...

Jadi tingkatkanlah amal ibadat kita,hargailah kesihatan yang diberi Allah dan fikirkan sedikit kesakitan kita itu sekadar secebis luka untuk membersihkan dosa-dosa silam.Alhamdulillah!

Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:


"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan,biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu,melainkan Allah mengugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa."

Pesanan:Allah sudah merancang segalanya dengan baik,kesakitan dialami sewaktu cuti seminggu dimana suami dan semua anak-anak  ada di rumah untuk membantu mana yang patut.Alhamdulillah!


14 comments:

  1. semoga akak cepat sembuh.

    memang susah nak cari klinik yang buka hari jumaat kat kelantan.

    ReplyDelete
  2. Hiii...banyak betul ubat-ubat tu.. kalau jenis penakutubat, mau pandang sejam dua dulu baru buleh telan.. berehat secukupnya ok..

    ReplyDelete
  3. @che mid
    nak cepat sembuh telan je lah kak...ada lagi ubat terbaru...dah habis makan pun..terima kasih kak..

    ReplyDelete
  4. cepat sembuh ye..mmg bila sakit lagi kuat ingatan kita pada allah sbb allah je yang boleh sembuhkan..

    ReplyDelete
  5. Sallam Ida,

    Sekarang macam mana, maaflah akak tak tau Ida sakit. Munkin Ida kena gastrik agaknya. Jangan banyak sangat makan pedas, masam dan barangin.

    Banyak2 bersabar dan jangan lupa makan ubat ikut aturan yang betul yee..Akak doakan semuga Ida cepat sembuh. Amin.

    ReplyDelete
  6. @LIPISLADY
    ok dah kak...cuma luka dalam perut mungkin lambat sembuh...takpe makin beransur pulih...terima kasih kak ye doakan yang baik..

    ReplyDelete
  7. semuga ida dah bertambah sembuh skrg ni..ya setiap kesakitan yg allah berikan ada hikmah yg tersendiri..hu2x..selepas ni jgn makan yg pedas2 lagi..

    ReplyDelete
  8. @mama aini
    makan pedas kena pantang sikitlah mama..biar betul2 sembuh...he he he tak pedas tak sedap...terima kasih ye mama..

    ReplyDelete
  9. saya dapat merasai kesakitan akak yg tersangat sakit tu.. huhu..pernah merasainya.. byk kali..

    semua tu ujian Allah kan kak :)

    smga cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. @C.M.A @ CikMoonAdnan
    betul tu cik moon...sakit hanya orang yang dah rasa je tahu...terima kasih ye..

    ReplyDelete
  11. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.