Thursday, January 12, 2012

Sambal Ikan Kembung Goreng



Masakan ni semua sedia maklum.Mudah dan ringkas.Tetapi kepada yang ingin mencuba bolehlah lihat resepi yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
1 biji labu bawang merah besar (ditumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kering yang sudah diblender
1 keping asam
garam dan aji

Cara memasaknya:

1. Goreng ikan yang telah dilumur garam dan kunyit.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang dan cili kering.
4.Goreng seketika,masukkan asam,garam dan aji secukupnya.
5. Ini adalah gorengan kering,tidak memerlukan air.Jika sudah sedikit garing boleh diangkat dan dicurahkan    ke atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi panas dan sedikit kicap manis.

Pesanan:Jika dimakan nasi putih dengan satu lauk itu bersama kicap sahaja sudah mencukupi bagi saya.Tak perlu lauk lain.

13 comments:

  1. minggu lepas dkna p makan kat kedai menu yang sama..nak masak, malas!! :)

    ReplyDelete
  2. tapi kalau kat kedai dia ada letak daun yang hijau..dkna tak sure daun apa..tapi bukan daun sup/bawang..maybe akak tau kot nama daun tu...

    dicincang lebih kurang sama dengan daun sup/daun bawang.

    ReplyDelete
  3. Dkna-setakat Dkna makan sorang...makan kedai je lah ye..banyak pilihan..tapi daun apa ye,bukan daun pudina ke?he he he akak pun tak tau kalau tak tengok sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam..la ni ikan kembung mahal di Penang sekilo RM 12.00 ..kalau di kedai makan sekor RM 3.00

    ReplyDelete
  5. @abu luqman-betul tu...sini pun lebih kurang gitu gak harganya...padahal bandar kecik je Kuala Lipis..

    ReplyDelete
  6. sy suka masak sambal segala jenis lauk. hehe. tp kalau sy masak mest xde sape makan :(

    ReplyDelete
  7. memang buat akak lapor nasi la tgk lauk ikan sambal ummiarissa ni...sedappp..hehe

    ReplyDelete
  8. kalau masak mahu bertambah

    tapi lama tak msk sbb anak2
    tak tahan makan pedas :)

    ReplyDelete
  9. @adarnadzmie-ala simple je tu kak..

    @Ati Masrif-kak kurangkanlah cili..boleh kot..

    ReplyDelete
  10. kalau tak mkn ikan spt mama ni..tukar dgn ayam pun bolih kan?..hu2x..

    ReplyDelete
  11. @mama aini-tak makan ikan ye...ikan kembung ni sedap lemak manis....tukar ayam pun boleh..tak de masalah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.