Tuesday, December 06, 2011

Saya mengasuh anak buah pula...

Memang minggu cuti sekolah masa saya penuh dengan aktiviti.Sekarang saya di Bangi rumah iadiksaya mengasuh anak-anaknya sementara mereka keluar bekerja.

Pasti ramai tertanya mengapa saya sanggup ke rumahnya di Bangi semata-mata untuk menjaga anaknya.Sebenarnya suami saya juga ke Kuala Lumpur menjadi pemeriksa kertas budak SPM.Di kesempatan itulah saya rela juga datang ke sini.

Hmm...rupanya menjaga anak buah tidak sama seperti saya menjaga anak orang lain.Lagi pula kesemua anak adik saya lelaki!Saya yang sendiripun mempunyai 6 orang anak tidaklah rasa sesukar ini.Mungkin kerana saya biasa dengan anak-anak perempuan yang tidak selasak anak lelaki.Ada anak lelaki seorang pun,dia sudah remaja.Tak sama kan.
Ini untuk bulan ni je,sementara dia dapat maid baru...

Pesanan:Hari ni baru hari pertama...ada 3 minggu lagi..waaa

3 comments:

  1. he2x..mama ada ramai ank buah..tapi adik mama kedekut..mama nak pinjam ank diaorg ..diaorg tak kasi..he2x..
    kiranya minggu2 bersilatlah ya..melayan ank2 buah..he2x..

    ReplyDelete
  2. Ohooh..mama....saya ni pula yang bagi2 anak kat abang-abang...buat teman bermain

    ReplyDelete
  3. Tak pelah ida..bukan org lain pun, darah daging sendiri jg kan..:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.