Saturday, August 20, 2011

Penuhkan surau-surau dan masjid-masjid seperti malam pertama tarawih

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam yang bertakwa.Bukan untuk menyiapkan persiapan raya seperti menghias rumah,bukan juga untuk membuat kuih raya sehingga larut malam,bukan juga untuk membeli-belah, tetapi peluang untuk merebut malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.Semua mengetahuinya.Amatlah rugi jika kita tidak merebutnya.

Bila terjadi malam Lailatul Qadar?

Seperti yang kita ketahui,malam Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil,(21,23,25,27 atau 29) pada 10 malam terakhir.Tetapi apa yang penting pada kita adalah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat-solat sunat dan memenuhi masjid dan surau pada setiap malam Ramadan.

Aisyah r.a berkata,"Rasulullah ber'iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau bersabda, "Carilah malam qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadan."(Hadith Riwayat Bukhari dan Hadith Riwayat Muslim)

Bertuahlah kepada mereka yang dapat mengerjakan ibadah-ibadah seperti solat wajib dan sunat,membaca Al-Quran,berzikir dan berdoa dan sebagainya dalam mengisi malam-malam terakhir.

Mampukah masjid dan surau dipenuhi umat Islam yang ingin merebut peluang malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir ini?Lihat sendiri di kawasan anda.Tepuk dada tanya iman.

Pesanan:Teringat kawan bercerita,suaminya sudah tidak bagi dia membuat kuih raya pada waktu malam,jadi dia buat waktu siang.Yelah,kuih boleh buat solat sunat tarawih tak nak buat.Macam-macam...

Peringatan untuk diri sendiri juga.


5 comments:

  1. MUdah-mudahan kita dpt bertemu dengan Ramadhan akan dtg..Amin

    Kasih Seorang Ayah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi. Semoga kita semua diberkati olehNya.

    ReplyDelete
  3. @abah khalisha & Dinas aldi-terima kasih singgah...

    ReplyDelete
  4. hujung hujung ni orang sebuk beli baju raya dan buat kueh raya.tinggal je org tua tua

    ReplyDelete
  5. @Nuff4u-saya masih belum lagi shopping baju raya,,,he he he..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.