Wednesday, July 27, 2011

Saya juga seorang polis,doktor dan guru...

Polis (gambar ehsan google)

Doktor (gambar ehsan google)

Guru (gambar ehsan google)

Percaya atau tidak,tugas saya sangat mencabar setelah naik pangkat menjadi ibu kepada 6 orang anak!,setelah menjadi seorang isteri.Saya juga seorang polis,doktor dan juga seorang guru.

Itulah cita-cita saya yang selalu ditanya oleh cikgu sewaktu sekolah rendah dahulu.Kini,giliran anak saya menyoal soalan yang sama tetapi amat menyebabkan saya cepat-cepat untuk mencari jawapan yang bernas dan tepat.

Athirah: Umi dulu waktu kecik apa cita-cita Umi?

Umi: Oh,(dengan bangganya) dulu Umi nak jadi polis,doktor dan guru.

Athirah:Habis tu apsal tak jadi pun?(ini sudah melawan tokey ni).

Umi:Tirah tak sedar ke,sekarang ni kan Umi jadi polis,doktor dan guru.

Athirah:Tak de pun.


Umi:Tirah tahu tak,Umi jadi polis,Umi jaga rumah jaga anak-anak agar jangan diganggu dengan orang jahat..itukan tugas polis.Ha, waktu anak-anak sakit,demam siapa yang merawat korang?bukan Umi?kan tu tugas seorang doktor,sama lah dengan Umi jadi doktor pada anak-anak.Lagi satu,bukan kah Umi yang mendidik,mengajar sesuatu perkara yang baik kepada anak-anak.Ha! Umi kan guru kepada anak-anak.

Athirah hanya terdiam mendengar penjelasan saya sambil tersengih-sengih.

Saya meneruskan kerja saya menggoreng pisang sambil berbangga dengan jawapan saya tadi..Waktu kejadian adalah sebelah petang ketika sedang menggoreng pisang.Tentu pagi tadi topik dia belajar hari ini tentang cita-cita.Athirah darjah 4.

He he he...betul tak?Puas hati saya!Tercapai juga cita-cita saya kan...he he he


Pesanan:Sentiasa bersiap sedia dengan soalan-soalan maut dari anak-anak...he he he

14 comments:

  1. betul tu kak..ibu adalah segalanya...ibu boleh jadi apa saja untuk anak anak :)

    ReplyDelete
  2. @Adylia Qarissa-hehehe...ibu adalah 'SUPER MAK'....

    ReplyDelete
  3. Bagus jawapan tu...

    Sayapun pnh gak kena tanya dgn anak2 buah pasal cita2 ni..

    Saya kata saya nak jadi askar.. Pastu dorang tanya kenapa tak jadi pon... Sayapun jawab la.. sebab Uwan(nenek dorang) tak bagi masuk askar.. pastu meleret2 jadinya... Lotih nak menjawab... hehehe...

    ReplyDelete
  4. @Cik azz---ha ha ha..jenuh juga ye nak menjawab..

    ReplyDelete
  5. Yes...superwomen pun boleh jadi...

    ReplyDelete
  6. hehe.. memang soalan maut tue..
    nasib baik ada idea nak jawap..
    :)

    ReplyDelete
  7. @zmah-memang super super woman dah ni he he he

    @cute mum-jawapan yang cepat dan spontan tu...mujur banyak idea time tu..

    ReplyDelete
  8. Jawapan yang sangat sangat bagus untuk anak :)
    Pandai akak jawab ye :)

    ReplyDelete
  9. betul juga kan.tugas ibu tugas pelbagai..berbangga jadi ibu tai kena siap sedia dengan jawapan yang tak boleh anak nak sangkal2 hihi

    ReplyDelete
  10. jawapan baguss tu.. hahaha.. senyum saya membacanya.. anak2 memang gitu kak. yang kecik ni pun da pandai bersoal jawap. kdag2 pening kepala nak menjawabnya

    ReplyDelete
  11. @MJ-spontan je tu...mujur bersesuaian he he he

    @eizniey-Yes jugak!

    @qemaishak-betul..kita ni super mak...tq..jadi follower saya..

    @izahdaut-takpe budak-budak kecik leh belok-belok sikit bagi jawapan...tak leh lurus sangat takut dia tak faham... he he he

    ReplyDelete
  12. guru disiplin, guru tuisyen..adehhh...

    ReplyDelete
  13. @kak liza...berapa banyak guru daaa...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.