Saturday, July 09, 2011

Karipap Inti Kari Daging


Karipap Terbaik dari Ummiarissa

Pagi ni saya dan keluarga sarapan dengan mee hoon dan karipap.Inti karipap dah buat semalam lagi.Masukkan dalam peti,jadi pagi ni keluarkan.

Doh karipap:
2 cawan tepung gandum
1 senduk kecil minyak(dipanaskan)
semangkuk air di letakkan garam sedikit

Inti karipap:
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar(dipotong dadu)
2 ulas bawang putih(dicincang)
1 sudu besar serbuk kari
semangkuk kecil daging cincang
garam secukupnya






Kiri:Setelah di uli dan diterap dengan acuannya,gorengkan dengan minyak panas.






Dibalik-balikkan agar masak serata.







Cara cara membuat doh:

1.Masukkan dalam mangkuk besar,buat ruangan sedikit dalam tepung di tengah-tengah untuk di tuangkan minyak yang dipanaskan tadi.
2.Masukkan air sedkit demi sedikit ke dalam tepung dan uli.Awas!minyak panas tu.Uli hingga tak melekat.
3.Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan.
4.Canaikan adunan,letakkan atas acuan karipap,isi inti dan kepitkan.

Cara-cara masak inti:

1.Tumis bawang putih,masukkan bawang merah,kacau sebentar.
2.Masukkan serbuk kari,ubi kentang dan daging cincang.
3.Masukkan air yang banyak sedikit,biar hingga kering atau hingga ubi empuk.
4.Jangan lupa garam secukup rasa.

Pesanan: Resepi buat doh ranggup ni daripada jiran saya bernama Kak Tie.Dia memang pakar buat karipap ni.

10 comments:

  1. buat sendiri jugak yg sodap kan :)

    ReplyDelete
  2. @Dinas Aldi-sedap dan boleh buat banyakkk-banyakkk...

    ReplyDelete
  3. kalau di Indonesianya namanya pastel lho..makasih ya resepnya...

    ReplyDelete
  4. @Bunda Loving-oh nama karipap itu pastel..jadi mari cuba resep pastel saya...

    @a loqman-yok makan karipap..

    ReplyDelete
  5. saya bukan penggemar karipap, tp bila tengok ni tertelan2 air liu nihhh... nampak sedap sekali

    ReplyDelete
  6. Sallam Ida,

    mana lama tak update blog ni,
    Bz sangat ke.


    Lama akak tak buat karipap, teringin nak buat plak, puas makan kalau buat sendiri kan??

    ReplyDelete
  7. @ayin-cubalah

    @LIPISLADY-he he he...busy sangat le ni...

    ReplyDelete
  8. Dni-mehlah datang amik...he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.