Thursday, July 07, 2011

Berjumpa teman lama mengimbau kenangan lama


Berjumpa teman-teman lama memang menyeronokkan.Apabila tamat sahaja persekolahan sama ada sekolah rendah,sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi,pasti kita akan merindui kembali saat-saat manis bersama rakan-rakan sekolah dahulu.

Tentu setelah bertahun-tahun berpisah keinginan untuk bertemu kembali dan bertanya khabar sangat-sangat diimpikan.Alhamdulillah saya berjaya berjumpa sebahagian rakan-rakan lama dari sekolah rendah sehingga dari pusat pengajian tinggi.Walaupun tidak berjumpa kesemuanya,namun saya tetap gembira dengan setiap pertemuan dan hanya gambar mampu memberikan lebih kenangan.

Pertemuan ini telah berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

Ini pertemuan dengan rakan-rakan lama sewaktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2),Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari darjah 1 hingga darjah 6.(1983-1988)
Duduk dari kiri:Suzana Saidin,Saya,Norhafizah dan Suzanna Abdullah.

Pertemuan berlaku di rumah Suzanna Abdullah yang terletak di Bandar Permaisuri,Kuala Lumpur.Dah lama tak berjumpa,masing-masing sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Ini pula pertemuan dengan rakan-rakan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya,Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.(1989-1993).Sekolah saya bukan sekolah campur lelaki perempuan.Hanya perempuan sahaja.Guru lelaki pun yang ada waktu tu hanya seorang sahaja iaitu seorang Ustaz.

Sila abaikan mereka-mereka yang berpakaian seksi.

Pertemuan berlaku di Hotel Mid Valley,Kuala Lumpur.Untuk pengetahuan,sekolah tersebut kaum Cina dan kaum Melayu sama banyak.Tetapi yang menariknya kelas saya hanya terdapat 3 orang Melayu,2 orang India dan selebihnya kaum Cina.Sangat seronok.

Inilah kami 3 Melayu dan seorang India.(seorang lagi kawan India tidak diketahui di mana).
Duduk dari kiri,Siti Hawa Habib,saya,Nooraisyah Abu Bakar dan Prema.

Ini pula bertemu kawan baik sewaktu menuntut di Institut Teknologi Mara,Shah Alam dalam jurusan Perhotelan dan Pelancongan. Saya mengambil sijil sahaja iaitu Certificate In Travel Operation (CTO) selama setahun (1994-1995)
Pertemuan semuanya berlaku di Kuala Lumpur.Mudah untuk berhimpun di sana.

Duduk dari kiri Amizah Wahid(orang Perlis),saya dan Norlisa Abd Razak(orang Pulau Pinang).Untungnya belajar di ITM bertemu rakan dari seluruh Malaysia.Belajar macam-macam bahasa.


Yang ini pula,di Restoran Nelayan,Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.Pertemuan yang paling menarik,kerana kami asyik makan dan berbual hingga tidak sedar sudah larut malam.Dan yang menarik juga kami sempat bertemu sehingga 3 pertemuan.

Pertemuan Pertama

Ini dengan rakan-rakan sewaktu belajar bahasa Jepun dan ke Jepun.Saya ke Jepun pada tahun 1995/1996 atas kursus pelancongan di Institut Teknologi Mara (ITM) sekarang di panggil Uitm.Atas kerajinan saya (chewah!)berjaya dalam peperiksaan dan memperolehi CGPA 3 pointer ke atas,saya dan rakan-rakan terpilih dalam temuduga oleh JPA.Kami berkursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Wisma Belia,Kuala Lumpur dan ke Jepun selama 5 bulan.(1995-1996)

Pertemuan Kedua


Pertemuan Ketiga

Pada saya pertemuan bukan sekadar bertemu sahaja dan berpisah,tetapi saling berhubungan agar tidak terpisah silaturahim yang sudah terjalin.

Kalau ada sesiapa yang mengenali saya mungkin sezaman sekolah rendah,menengah atau IPTA,maklumkan kepada saya...saya mungkin lupa anda...

Pesanan:Jadi sekarang anda sudah tahu umur saya...kan....rahsiaku kini milikmu...he he he

12 comments:

  1. wow sampai ke jepun tu.....bestnyer...

    ReplyDelete
  2. seronoklah akak dpt jumpa kawan lama...dkna pon harap satu hari nanti dpt kumpul kawan dr sek rendah..pasti ramai sebab dulu dkna selalu tukar sekolah ikot arwah ayah yang selalu pindah..rindu zaman kanak kanak :(

    ReplyDelete
  3. @Zaidah...inilah yang dikatakan rezeki merasa ke negera orang,kalau nak pakai duit sendiri belum tentu dapat...

    @Adylia Qarissa-makan masa juga nak buat setiap pertemuan...tapi kerana niat yang baik maka termakbul jua..

    ReplyDelete
  4. wah... meriahnya. tua kak liza 4 tahunlah ye..

    ReplyDelete
  5. @Adzriel AB-hmm..tua dah Kak Liza ye..he he he

    ReplyDelete
  6. SERONOKNYA BERJUMPA TEMAN2 LAMA.... KAK BOLEH CAKAP JEPUN YE... BESTNYA...

    ReplyDelete
  7. munna-sukoshi-sukoshi dake...(sikit2 je)...dah lama munna,banyak yang tak ingat...

    ReplyDelete
  8. umur nak rahsia? nampak lagi tua dr umur adalah.hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur tidak dirahsiakn..suruh kira sendiri je..

      Delete
  9. salam senior.. saya sekolah pasar road 2 darjah 6 tahun 1990...anak ustaz zubir

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.