Monday, June 06, 2011

Majlis Kahwin Sepanjang cuti sekolah....

Okay...bermula dari 28 hb Mei dah mula cuti sekolah kan.Masa ni lah undangan majlis perkahwinan berkad-kad dapat....perginya tak tentu lagi...ye lah kalau ada hal lain atau bertindih tarikh terpaksa pilih salah satu.Setakat ni hanya sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan.Satu di Kuala Lumpur, dua di Kelantan.

Yang ni di Kuala Lumpur...Sepupu berkahwin dengan orang Negeri Sembilan...

Kalau kat bandar tempahan katering sangat popular...
Kek bertingkat-tingkat menjadi pilihan.....harganya mesti bertingkat-tingkat jugakan...
Makanan katering bermacam pilihan...harga?..hmmm sendiri pikirlah kalau duk KL ni...
Biasa bunga manggar,sekarang jadi gula-gula manggar...satu kelainan...
Pengantin sekarang ada pengapit kecil gitu....


Yang kedua di Kelantan...anak saudara suami berkahwin dengan orang Melaka...


Yang ni sangat popular di Kelantan...pulut di bentuk untuk dijadikan hantaran....
Makan beradab mesti ada....walaupun secara kampung....
Di kampung-kampung kerja gotong royong masih berjalan....macam mesin kelapa...
Sibuk di dapur....
Memasak di luar rumah....seronok tau....

Kenduri kahwin yang ke 3 di Machang.Kawan suami,waktu nak balik Lipis kami singgah.Itupun dah lewat pukul 6 petang baru sampai.Pengantin pun dah salin baju.Tiada adegan bergambar dapat dirakamkan.

Pesanan:Kebanyakan sekarang di kampung-kampung dibuat kenduri kesyukuran je...bukan kenduri kutip duit.Kan lebih elok meraikan pengantin sambil mencari pahala.

5 comments:

  1. makan kenduri perut kenyang :D

    ReplyDelete
  2. munna pun hujung minggu dah tak masak...pergi makan kenduri je

    ReplyDelete
  3. betul!betul!betul!...makan kenduri perut kenyang tak perlu masak...jimat siit..he he he

    ReplyDelete
  4. musim sekolah = musim kahwin. walaupun penat nak pergi tapi at least tak payah masak. heee... suka bila dapat doorgift yang menarik dr pengantin.

    ReplyDelete
  5. @Shafa-doorgift boleh buat koleksi kan...macam2 dah sekarang ni..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.