Thursday, June 30, 2011

Lesung pipit di pipi cantik atau cacat?

Sebelum berkahwin dulu,saya suka melihat perempuan atau lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi. Nampak cantik,ayu dan segar je muka mereka.

Saya kini mempunyai 2 orang anak yang mempunyai lesung pipit di pipi kiri sahaja,bezanya nampak dan tak nampak.Saya juga pernah terdengar yang sesiapa yang mempunyai lesung pipit sebenarnya adalah cacat!

Oh! Tidak!Anak saya cacatkah?Nanti dulu,mari kita baca sedikit bacaan yang saya perolehi dari carian saya:

Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan oleh otot zygomaticus (apa kebenda ni?) utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua,kondisi ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.
(ni dalam bahasa Indon)


sumber: health.detik.com




Mari baca bahasa yang mudah difahami pula:


Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major.Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.





Menurut sumber itu juga,lesung pipit adalah penyakit keturunan,iaitu apabila ibu atau bapanya,nenek atau datuknya mempunyai lesung pipit,maka kemungkinan peratus untuk menurun kepada anak adalah sebanyak 25-50 peratus.






Katanya juga ada juga yang sewaktu kanak-kanak je ada lesung pipit,tapi bila dewasa semakin menghilang.Ini adalah kerana otot wajah secara perlahan akan menegang seiring dengan peredaran masa.




Kalau nak ikutkan kami berdua (suami-isteri) tidak mempunyai lesung pipit.Mungkin sebelah ayah,kerana sepupu saya mempunyai lesung pipit.Sebelah suami pun ada juga.Lesung pipit anak saya yang ke 3 ni je nampak jelas,yang anak ke 5 Anis hanya kelihatan sesekali sewaktu dia bercakap dan tak berapa jelas.




Athirah yang paling ketara nampak lesung pipitnya.



Anis tak berapa nampak,lesung pipitnya tapi sesekali nampak jika tengok dari dekat..


Ni sengaja saya suruh tekankan biar nampak ...he he he

Okay...artis yang sebelah tu Dafi,dia pun cukup dalam lesung pipitnya.Jadi terpulang pada hak individu nak kata lesung pipit itu cantik atau tidak....


Pesanan:Segala yang Allah telah kurniakan pada kita,kita wajib bersyukur.

Wednesday, June 29, 2011

Roti Telur Hancur (Scramble Eggs Bread)





Hari ni saya mencuba resepi baru.Resepi yang mudah dan gerenti sedap.Anak-anak suka sangat.

Roti Telur Hancur

2 biji telur
3 sudu besar susu segar/ 1 sudu besar susu pekat manis
6 keping roti Gardenia(roti lain boleh asalkan tak mudah koyak)
Sedikit serbuk roti/bread crumps
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1.Telur dipukul dan campurkan susu.
2.Masakkan dalam periuk kecil,dikacau selalu.Jangan lama sangat.Dah masak je boleh angkat.
3.Roti di belah segitiga.Ambil sekeping sapukan sedikit air tepung ditepi sekeliling roti.(untuk pelekat)
4.Isikan telur masak tadi,dan ditutup dengan sekeping lagi roti.
5.Celup dalam telur,salut dengan serbuk roti dan goreng hingga masak,balik-balikkan.Jangan lama sangat nanti hitam tak sedap.Biar warna macam gambar kat atas tu.
6.Sudah siap!Makan panas-panas memang sedap.

Pesanan:Dah lama nak masak roti ni.Asyik tertangguh membeli serbuk roti.

Tuesday, June 28, 2011

Siti Nurhaliza rasmikan satu majlis di sekolah lama...

Hari ni saya nak sambung tentang perkara ke 2 yang berlaku semalam di Kuala Lipis.Okay mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu.Siti Nurhaliza telah hadir untuk merasmikan satu majlis di sekolah lamanya.Kesempatan itu saya telah menyuruh anak saya yang turut terlibat dalam acara itu untuk mengambil gambar Siti.Namun begitu gambar yang diambil oleh anak saya itu sekadar yang dapat je.Maklumlah bukan dia seorang sahaja yang membawa kamera.Jom lihat foto-foto yang sempat diambil.

Ini banner Selamat Datang untuk perasmian tersebut.....

Kelihatan Siti sedang berjalan naik ke atas pentas.


Berdiri segak sepert askar...


Ini jangan ditanya kenapa blur je gambarnya....dia sedang beri ucapan tu...


Jurukamera berlindung disebalik bahu cikgu-cikgu...sempat snap satu gambar...

Cheh wah...pengetualah yang paling banyak gambarnya ...

Bergambar bersama pancaragam...terserlah di dalam gambar si jurukamera...

Menarik ceritanya,kedatangan Siti ke acara tersebut bersamaan dengan berlangsungnya acara futsal di padang Kuala Lipis.Maka hanya yang sedar kedatangan Siti sahaja yang berebut-berebut melihat Siti di sebalik pagar sekolah itu.

Itu sahaja.Sekian.

Baru Edit ni: Siti Nurhaliza pergi sini sebelum tu...

Pesanan:Kesian siti,waktu Siti nak makan nasi pun sibuk-sibuk orang ambil gambar,bagilah ruang padanya makan kenyang dulu.Tapi itulah dinamakan kesempatan.





Monday, June 27, 2011

Aktiviti ahad dan Siti Nurhaliza

Semalam ada acara meriah di Kuala Lipis.Saya jadi 'ter' jemput sekali untuk memeriahkan acara futsal antara tabika-tabika perpaduan seluruh daerah Lipis.Bayangkan budak-budak tabika berumur 5 dan 6 tahun bermain futsal.Pening kepala cikgu-cikgu diorang nak beri arahan jangan golkan bola ke gol sendiri.Agak-agak diorang dengar tak arahan?Rugi akak lipislady tak datang.Tapi katanya sibuk dengan tempahan bahulu.

Tapi yang pasti bukan acara itu yang saya nak 'highlight'kan.Tapi ada 2 perkara.Satu saya ambil kesempatan untuk buka gerai di sana.He he he...Menjual kuih,air dan pastinya cupcake saya.Yang ke 2 Siti Nurhaliza datang ke Kuala Lipis.He he he lagi..Apa yang berlaku? Kita teruskan dengan perkara pertama dahulu.Kita bercerita melalui gambar.Ini dia gerai saya.Ada sesiapa yang perasan tak semalam?


Pemandangan dari arah belakang gerai saya...


Pagi-pagi lagi ni,sedang mengira kuih-muih yang dijual...cukup ke tak ni??Kalau pandai cari mana cupcake saya.



Sedang kusyuk menyusun kuih-muih...tak tahu gambar diambil...(ye ke?)Kelihatan muffin didalam tupperware.

Gambar bonus!Kelihatan guru sedang beri arahan kepada anak muridnya dalam pertandingan futsal..(satu gambar je cukup,tak boleh lebih-lebih..ini blog saya...he he he)

Yang penting semua happy!
Okay..okay mana perkara ke 2...Tentang kedatangan Siti Nurhaliza kan?..Apa kata tunggu entry seterusnya.Mungkin saya akan masukkan esok.Jadi tungguuuuu...

Pesanan: Seronok bila melihat hasil jualan habis....

Saturday, June 25, 2011

Macam mana nak keluarkan serangga dalam telinga?

semut hitam ni kalau kita kalerkan merah jadilah semut merah

Pernah,saya merasa sakit sangat dalam telinga.Macam ada benda bergerak masuk dalam telinga.Makin lama makin sakit.Saya dah tak tahu nak buat apa.Biasalah yang saya tahu menjerit kesakitan je lah.

Mengadu kat suami,konon-konon minta dibawakan ke klinik.Tapi katanya semut masuk tu,sebab saya kena waktu sedang berbaring di atas katil.Dia pun ambil lampu suluh dan terus suluhkan ke dalam telinga.Lama juga.

Akhirnya keluarlah seekor semut merah kecil dari telinga saya.Saya kata kenapa dia keluar,tak masuk ke dalam lagi.Suami kata semut itu cari cahaya,jadi dengan menyuluh menggunakan lampu suluh,semut itu akan bergerak keluar ke arah cahaya.Logik juga.

Oh!Begitu rupanya.Tapi semut sekecil tu,bila masuk dalam telinga,waktu dia bergerak masuk kedalam tu, yang terasa sakit sangat.Baguskan suami saya,serba tahu.

Suatu pagi tu,terasa lagi benda bergerak,saya pun suruh anak suluhkan dalam telinga tapi lampu suluh tak ada,saya gunakan lampu handphone.Saya suruh anak tengokkan sampai semut tu keluar.

Ya!Memang semut kecil juga yang keluar.Aik!Sedap sangat ke makanan dalam telinga saya ni,kerap sangat nak masuk telinga ni.

Cubalah,tapi sakit telinga yang lain dari ni tak tahulah saya.

Pesanan:Anak yang saya suruh suluhkan tu ialah anis yang berumur 4 tahun...nasib baik boleh diharap.

Friday, June 24, 2011

Muffin Cokelat Chip

Muffin Cokelat Chip
Mencuba sesuatu yang baru memang saya amat suka.Lebih-lebih lagi makanan tersebut kegemaran saya. Akhirnya atas usaha yang bersungguh-sungguh,maka jadi juga saya buat muffin ni.Asyik terliur je tengok gambar kat blog orang lain,kali ni mencuba dan merasai sendiri kelazatannya.

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum
2 sdb serbuk koko
175 gm gula
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda
150 gm cokelat chip
250 gm susu segar
90 ml minyak
1 biji telur A
1 sdt esen vanilla

Cara-cara membuatnya:

1.Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk
2.Gaul bahan basah dalam mangkuk lain pula.
3.Campurkan yang bahan basah dalam bahan kering.
4.Gaul sebati.
5.Sudukan dalam papercup,tabur coklat atasnya.
*(Saya taburkan juga sedikit coklat chip dalam adunan)
6.Panas oven 180 darjah selama 15 minit,kemudian bakar muffin selama 20 minit.
*(Cup saya besar ,saya bakar selama 25 minit).

Bila saya buat dalam cup besar,dapatlah dalam 9 biji.
Mudah dan sedap!

Ambil resepi disini


Pesanan: Tak cukup satu adunan kalau dengan bilangan ahli keluarga saya,maka saya kena buat 2 adunan.

Thursday, June 23, 2011

Istimewanya jika anda hamil

Gambar ehsan sumijelly.com.
Kebiasaannya ibu-ibu hamil akan mendapat banyak keistimewaan tidak kira pada awal kehamilan atau pada penghujung kehamilan.

Antaranya:

1.Kalau baru-baru je hamil,anda pasti menghadapi alahan sama ada yang teruk atau tidak.Jadi masa inilah hendak bermanja dengan suami anda.Pasti suami anda akan memasak untuk anda.Atau akan membelikan makanan kesukaan anda.

Contoh ayat:

Anda: Saya tak larat nak masaklah hari ni,bau minyak pun tak boleh ni.Nak muntah je rasanya.


Suami:Ok..ok yang,tak perlu masak hari ni.Sayang nak makan apa,nanti abang belikan.
Dalam hati suami:Aik,duit ada 2-3 keping je note merah,gaji lambat lagi ni.


2.Jika anda ke tempat kerja atau ke mana-mana pada awal-awal kehamilan yang mana perut anda sudah nampak besar sedikit,lebih-lebih lagi dengan pakaian mengandung anda,jika anda menaiki bas atau keretapi pasti anda akan mendapat tempat duduk walaupun semua tempat duduk sudah penuh.

Anda:(dalam hati)...eh!dah penuhlah tempat duduk.(dengan muka sedihnya)
.
Penumpang:Eh!Akak,duduk sini kak,kesian akak berdiri
Dalam hati penumpang:Tempat kerja aku jauh lagi ni,dahlah malam tadi tak cukup tidur,kaki pulak lenguh-lenguh ni.


3.Jika anda membawa barang yang banyak,pasti akan ada orang yang membantu anda membawakan barang tersebut.Terutama di pusat membeli-belah.(tapi sampai parking kereta je lah).

Anda: Aduh! Sakitnya tangan ni bawa barang-barang ni.(sambil tersenget-senget berjalan).


Orang Awam:Akak,banyaknya barang.Meh saya tolong bawakan.
Dalam hati orang awam: Aduyai,beratnya,apa akak ni borong satu pasaraya ni ke?


4.Kalau anda beratur untuk membeli tiket wayang ke,tiket bas ke,pasti anda akan didahulukan.

Anda:(dalam hati)..Ala lenguhlah pulak kaki ni.(sambil mengurut-urut perut yang tak sakit).


Orang Awam: Akak,akak beratur depan teruslah,biar saya beratur belakang.
Dalam hati orang awam: Aku dah tercangak kat depan ni dari pagi tadi lagi,alih-alih orang lain dapat dulu.


Ha ha ha Amacam seronokkan jika anda seorang ibu yang hamil.Situasi di atas hanya rekaan saya sahaja,tiada kena mengena dengan sesiapapun.Saya sekadar berseloroh dan bergurau sahaja.Saya pasti semua rakyat Malaysia, rakyat yang peramah dan baik hati.kalau ada pun yang sebegitu ,mungkin segelintir sahaja.Jangan ambil serius.

Memang kita perlu membantu ibu-ibu hamil di saat-saat apa sekalipun,hanya ibu yang hamil tahu bagaimana susah payahnya membawa perut yang sedang membesar itu.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Entry ini ditujukan buat adikku yang bakal menimang cahaya mata ke 4,dalam masa terdekat ini.Semoga selamat bersalin.

Pesanan:Hmmm....saya bila lagi...ops terlebih sudah..

Wednesday, June 22, 2011

Apam Gebu

Cantik... menjadilah...
Baru-baru ni saya mencuba resepi apam gebu.Selalunya saya buat tak menjadi.Kali ni menjadi cantik.Rasa dah gerenti sedap.Ambil kat sini resepinya.

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 cawan gula pasir
3 biji telur besar
 2 cawan tepung gandum
1 sdk esen ros
1 sdb ovallete
pewarna kuning dan hijau

Cara-caranya:

1.Putar telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan ovallete,susu dan tepung serta esen.
3.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
4.Panaskan kukusan dan kukus 15 minit (guna bekas kecil-kecil).

Mudah dan sedap.

Pesanan: Macam-macam jenis apam saya cuba buat.Banyak yang tak menjadi dari yang jadi..he he he

Monday, June 20, 2011

4 Sahabat Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN – Kegembiraan lima sahabat untuk menikmati minuman bertukar tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM23 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian pukul 11.45 malam itu kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan di satu selekoh di jalan itu lalu bertembung dengan bas dua tingkat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu.
Katanya mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta jenis Toyota Vios itu, Ho Wai Kin, 20, Wong Kok Heng, 17, Wong Chin Xion dan Yap Chung Hung, kedua-dua berusia 15 tahun.
Katanya seorang lagi penumpang kereta itu, Chan Kwan Yong, 30, mengalami kecederaan parah dan pemandu bas berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan ringan sementara 42 penumpangnya tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata pemandu kereta itu merupakan seorang pemandu jentolak dari Benta Jaya, Kuala Lipis manakala Kok Heng dan Chin Xion dari Kampung Penjom, Kuala Lipis merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, Sungai Kerpan, Kuala Lipis.
Manakala Yap dari kampung yang sama adalah pelajar SMK Setiawangsa, Kuala Lipis, katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Razak berkata keadaan jalan di tempat kejadian berselekoh dan tidak mempunyai lampu jalan.
Katanya, kesemua mangsa adalah sahabat dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk pergi minum di kawasan Rawat dan Rehat Benta.
Menurutnya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
ulasan saya:
Sebenarnya,kawasan kemalangan tersebut sangat dekat dengan kawasan perumahan saya.Dah banyak kali kemalangan maut berlaku di kawasan tersebut.Antara banyak kemalangan tersebut,saya pernah saksikan satu kemalangan yang meragut seorang penunggang motor.Jadi berhati-hatilah jika mengikut laluan selekoh tersebut terutamanya pada waktu hujan.
Sumber disini.


Pesanan:Sentiasa berhati-hati jika membawa kereta sewaktu hujan.



Saturday, June 18, 2011

Lilin takde...bergelaplah....

Semalam blackout!Sedar pukul 4 pagi dah gelap seluruh rumah.Cari lilin tak ada.Ni mesti kerja anak-anak saya.Main lilin buat eksperimen apa tah...Mujur ada handphone yang ada torchlight.Masa ni barulah menyesal tak beli lilin banyak-banyak,dulu nak beli rasa macam tak guna.

Mujur suami pandai jadi Mc Gyver(dia yang gelar sendiri). Dia suruh cari mangkuk kaca dan kapas. Jumpalah mangkuk kaca kecil kecil dapat dari kenduri orang kawin,kapas memang ada.

Dia pun mulalah cari minyak,masuk sedikit minyak dalam kaca tadi dan rendamkan kapas.Nyalakan api dihujung kapas tadi.Tadaaa....memang kau menyinari hidupku yang dalam kegelapan.Kreatiff tak suamiku?

Terang lagi bersuluh tau!
Eloklah digunakan mangkuk kaca yang tahan panas sikit,nanti pecah kami tak bertanggungjawab ye.
Kalau dah ada lilin suruh je anak-anak hembus sambil nyanyi 'hepi besday to u".(anak-anak saya suka sangat bab-bab hembus api ni).

Pesanan:Minyak masak tu gunalah minyak yang dah diguna macam minyak goreng ikan ke.

Friday, June 17, 2011

Roti Jala


Saya teringin nak makan roti jala.Kalau beli tak puas makan.Sikit 3-RM1.Jadi saya buat sendiri.Tengok juga resepi tapi tak tiru bulat-bulat main agak-agak je.

Bahan-bahan roti jala:

450gram tepung gandum
450gram kelapa parut (diambil santannya)
1 sd garam
2 biji telur
pewarna kuning

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung dan garam.
2.Lubangkan di tengah,pecahkan telur.
3.Letakkankan pewarna di dalam santan.
4.Tuangkan santan sedikit-sedikit ke dalam tepung.
5.Adunan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
6.Masukkan ke dalam acuan roti jala,kirai di atas kuali leper yang sudah direnjis minyak.
7.Lebihan santan tadi bolehlah buat untuk kuahnya.

*kuah kari ayam-ayam, ibu kentang dan lobak merah dipotong dadu.Bahan-bahan lain sama macam nak buat kari ayam.

Pesanan:Resepi dah ada dalam buku resepi dah lama,ni baru nak cuba.Tak ingatlah amik kat mana..

Thursday, June 16, 2011

Jika anak berkelakuan luar biasa daripada biasa...

Nasib baik masih menyebelahi saya,anak bongsu saya hampir-hampir menelan sebatang?(maaf kalau salah)ubat stapler.Tapi saiz keciklah.

Melekat lak tu.Entah masa mana dia mengutip pun tak tahu.

Itupun saya perasan apabila dia berkelakuan luar biasa dari kebiasaan.Maksudnya,sebelum ni memang dia suka mengangakan mulutnya seluas mungkin sekadar untuk bergurau atau ingin makan sesuatu.Tetapi petang ni dia kelihatan mengangakan mulutnya melebihi dari kebiasaan.Banyak kali pulak tu,macam nak beritahu ada sesuatu di dalam mulutnya.Dia yang baru berumur setahun 3 bulan masih belum boleh bercakap lagi.

Macam ni le dia menganga. Minta bantuanlah tu...nak cakap tak reti..

Saya agak-agak je.Mungkin ada rambut di dalam mulutnya atau melekat di hujung belakang lidahnya.Sewaktu dibilik tadi baru saya perasan bahawa terlekat sebatang) ubat stapler tersebut di lelangit atas berdekatan dengan giginya.Mujur dapat dikeluarkan.Kalaulah dia tertelan????Apakah???Minta dijauhkan....

Fuhh....lega rasanya.

Pesanan:Kena prihatin lebih lepas ni.Baba tak tahu lagi ni....

Tuesday, June 14, 2011

Udang Hidangan Wajib Atas Meja Pengantin

Masih lagi suasana kenduri kahwin,walaupun sekolah sudah dibuka.Sekadar untuk dikongsi bersama,saya seringkali kalau ke kenduri kahwin pasti menjenguk hiasan dan makanan di atas meja pengantin.Yang pastinya mesti hidangan istimewa lain dari hidangan tetamu.

Kerap kali saya lihat adalah hidangan udang pasti menjadi sesuatu yang mewah di atas meja pengantin.Selain dari ayam golek,buah-buahan atau koktel,udang antara hidangan yang paling dinantikan oleh....saya..he he he...Kalau kenal rapat dengan keluarga pengantin pasti tanpa segan dan malu saya akan minta seekor.Diulang ye,seekor je...Bukan apapun,saya alahan makan udang walaupun itulah yang paling saya suka.

Jom tengok sebahagian koleksi hidangan udang di meja pengantin....


Nenas sentiasa menjadi mangsa hidangan ini,ye lah hanya buah ni je nampak kukuh sikit.

Hidangan yang simple tetapi sedapppp.....


Kalau kreatif,tambah je dengan telur burung puyuh,kalau telur ayam tak comel ler....

Pesanan:Resdung memang sinonim dengan makanan laut seperti udang....tapi makan seekor je takpe kotttt.....

Monday, June 13, 2011

Gubahan Dari Tuala Mandi

Berikut adalah gambar dalam simpanan saya yang telah di ambil di satu pertandingan menggubah tuala di Kuantan dalam tahun 2008.Semoga dapat dijadikan ilham kepada bakal-bakal pengantin untuk membuat gubahan di atas dulang hantaran.Saya suka tengok gubahan sebegini...

Ada teddy bear lagi tau....


Macam gubahan buah-buahan di dalamnya...


Kelopak bunga,yang ni kumpulan kami punya...Penjom group....


Kelopak bunga juga ni...



Yang ni ayam peacock...he he he agaknyalah...


ni apa yek?


Yang ni kreatif,beg tangan,tapi handphone pun masih jenis lama lagi bukan cam sekarang ni,paling-paling koman pun blackberry...


Ini buah-buahan juga ni,nampak macam nenas,rambutan dan pear kot....


Ini bunga raya rasanya....


Sebuah bakul berisi buah juga....




Sama je tema cam atas....



Pesanan:Gambar ada blur sikit,sebab nak besarkan gambar asal.Tak reti nak buat macam mana nak bagi jangan blur...

Sunday, June 12, 2011

Ayam Percik Madu


Hari Jumaat adalah hari istimewa untuk mencuba pelbagai resepi. Jadi setelah saya melawat blog popular tentang masakan iaitu blog akak izahdaut.blogspot.com ni,dapatlah idea setelah scroll dan scroll dari ruangan kongsiresepi.com yang disediakan di bahagian tepi blognya.Sangat mudah dan memang sedap.

Empunya resepinya irmadilondon.blogspot.com. Boleh lihat resepi penuh di sana ye.

Memang sedap dan mudah.Habis licin hanya dimakan dengan nasi putih yang masih panas.Cubalah!

Pesanan:Mesti cuba sesuatu yang baru...

Saturday, June 11, 2011

Jumpa Blogger LIPISLADY yeah!!

Tersenyum lebar je ummiarissa bila bertemu blogger LIPISLADY

Hari Jumaat baru-baru ni, saya berkesempatan bertemu dengan blogger lipislady.Wah! Seronok je bila panggilan saya disambut riang oleh Kak LipisLady.Saya baru sahaja mengikuti blognya,lantas teringin nak berjumpa dengannya apabila mendapat tahu dia menetap di Kuala Lipis.

Saya pun beritahu ingin berjumpa di Pasar Malam Kuala Lipis.Kami bertemu hanya sekejap cuma,kerana waktu tu hampir maghrib.Tanpa melepaskan peluang terus saya menyuruh anak saya mengambil gambar kami berdua sebagai kenang-kenangan.Saya sempat berbual secara ringkas bersamanya,bertanyakan anak-anaknya.Rupanya kak LipisLady sudahpun bergelar nenek.Nenek muda...he he he jangan marah kak ye.

Di kesempatan itu juga,oleh kerana saya hanya pandai membuat kek,saya menghadiahkan cupcake kepada kak LipisLady.Wah,seronok je saya tengok wajah kak LipisLady.Makan kak ye,lepas tu komen ikhlas diperlukan.Nanti kita jumpa lagi ye kak!

Ok lah,saya keletihan sedikit hari ni,baru je pulang dari kenduri kahwin di Jengka 17.

Pesanan:Saya sangka saya yang rendah,rupanya kak LipisLady lagi rendah dari saya...he he he

Friday, June 10, 2011

Cara membuat hiasan di atas cup cake


Macam-macam hiasan boleh kita corakkan di atas cup cake kita.Yang pentingnya kretiviti seseorang dalam membentuk sesuatu rekaan.Contoh seperti di bawah ini.

Setelah disapu rata di atas kek aising putih,menggunakan nozel berbentuk bintang,buat lengkungan kecil sekeliling kek menggunakan aising berwarna kuning.
Juga di bahagian tengah lengkungan sederhana kecil.Di antara lengkungan tersebut menggunakan warna hijau tetapi nozel bintang yang sama,corakkan berjarak antara satu sama lain,


Menggunakan nozel untuk tulisan,hanya bermain dengan bulatan menaik sedikit menggunakan warna merah jambu,corakkan di antara warna hijau tadi.Dan juga bulatan menaik membesar sedikit di bahagian tengahnya. Maka ini hasilnya.


Contoh seterusnya:
Mula-mula setelah disapu rata kek dengan aising,gunakan nozel berbentuk bintang,aising kuning,tekankan corak,jarakkan antara satu sama lain di sekeliling cup cake.

Selang-selikan pula dengan warna lain di antara yang kosong dengan warna hijau pula.


Kemudian buat sekeliling berselangseli warnanya hingga penuh ke bahagian tengah.

Beginilah bila dah siap.Nozel bentuk bintang.

Pesanan:Nanti saya share lagi bentuk yang lain ye.Ilmu dikongsi lebih seronok.