Monday, May 09, 2011

Program Biro Wanita Kuartersku

Kek Chocolate Moist

Hari ni bertempat di salah satu rumah kosong di kuarters saya, diadakan program dari wanita untuk wanita.Sekadar memenuhi program tersebut,diadakan kursus membuat Kek Chocolate Moist.

Inilah antara mereka yang sempat menghadiri kursus membuat kek.Tak ramai tapi riuh juga.Lagipun rumah kosong tiada perabot,bergaunglah bunyinya.
Saya ni masa nilah,gatal kaki,ni gambar candid ni...anak perempuan jadi jurukamera.Jangan bimbang,kejap-kejap saya ke sinki basuh tangan.Kenalah bersih sikit.


Walaupun saya sudah boleh membuatnya,tetapi saya ingin memberi sokongan kepada program yang dijalankan.Dengan hanya bayaran serendah RM10,takkan saya nak lepaskan sahaja ilmu yang mungkin ada yang tidak saya ketahui.Adalah juga aktiviti tahun ni.



Ha,dalam loyang ni adunan kek yang sudah siap dibancuh oleh kami tadi.
Yang ini pula kek coklat yang sudah siap dikukus.Nak bubuh topping je atasnya.
Setelah siap kami potong dan bahagi sama rata untuk di bawa pulang.Memang berbaloi.Sedap tau!
Kek Chocolate Moist


Pesanan: Suami kata malam ni harga gula naik RM0.20,jadi kurangkan gula dalam makanan.

3 comments:

  1. Salam.
    Sioknya ada program macam ni.
    Saya baru jer try tadi masak kuih, tak jadi pulak. Hehehehehe....

    Daripada:
    Ain Syuhada@Zezebel
    zezebel.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. waaa,bestnye kek coklat...feveret aisya ni...:)

    ReplyDelete
  3. salam...

    @BAJU KURUNG BUDAK DAN nur aisya humaira....ada satu-satu perkara kita kena buat hingga berjaya...jangan cepat putus asa...kek cokelat ni memang sedap...nanti akak bagi resepinya bila ada masa..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.