Thursday, May 26, 2011

Kem Motivasi di Cameron Highlands

Kem Motivasi memang sangat sesuai dilakukan di Kem Slim yang terdapat di Kg Taman Sedia,Cameron Highlands.Ini kerana selain dari memotivasikan diri untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma ia juga menguatkan fizikal kita dimana cabaran menghadapi kesejukan di tanah tinggi dari segi emosi.

Itulah yang telah dilakukan oleh sekolah suami dalam memotivasikan anak muridnya,malahan kedatangan kami sekeluarga juga memberi peluang juga kepada anak-anak kami sendiri untuk memotivasikan diri mereka juga.

Boleh berkhemah juga disini.Tapi pelajar-pelajar sekolah suami tidak berkhemah sebaliknya tinggal di sebuah rumah.

Ha, nilah pelajar-pelajar yang turut serta.Mereka nampak begitu semangat sekali.Tetapi displin tetap dijaga.

Antara motivator yang dijemput. Ha,bukan senang nak jemput motivator pun.Jauh nun dari Terengganu datangnya.

Ini giliran suami pula.Semangat je mendengar tu.Faham ke tidak tu?


Anak-anak masa babanya ceramah,sibuk jugalah disitu.Nasib baik kawasan luas.Jadi tidak menganggu babanya.


Kawasan rumah yang dikhaskan untukdijadikan sidang dewan makan bersila. Disamping bersolat disini.


Macam mana?Seronok tau.Bolehlah sesiapa yang bercadang nak berkhemah ke,nak buat program apa-apa ke,ha, pergi je ke Kem Slim.
Tetapi kenalah berurusan dengan Pejabat Tanah di sana dulu kot.Ikut prosedur.

Pesanan: Walaupun dah banyak kali ke Cameron Highlands,kami tak pernah masuk ke Kem Slim tersebut.Ada kem sebegini bolehlah kami masuk melihat keadaan sekitarnya.


4 comments:

  1. best bila join kem motivasi ni..

    ReplyDelete
  2. @Sofya...tu lah dia...syok dapat g kem-kem macam ni...dulu muda remaja tak dapat merasa...tak aktif sangat dalam berpengakap ni...dah berumur sikit ni teringin pula...

    ReplyDelete
  3. nak tanya,berkhemah di situ kena bayar tapak tak?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.