Thursday, June 02, 2011

Asal Usul Ikan Tidak Berlidah


Buat perkongsian bersama:

Mengumpat adalah satu dosa.Ia dilarang dalam Islam sehinggakan Allah menyifatkan sesiapa yang melakukannya sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati.

Dalam surah al-Hujarat ayat 12,Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang),kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain.Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani".

Keburukan mengumpat tidak boleh dipandang ringan kerana ia meninggalkan kesan buruk kepada sesiapa yang telah diumpat.

Dibawah ini adalah petikan dari beberapa kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw sewaktu meyampaikan dakwahnya kepada para sahabat.Mudah-mudahan kisah ini dapat dijadikan iktibar.

Rasulullah: Sejahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barang siapa yang bermuka dua di dunia maka pada hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahanam,Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.

Para sahabat bertanya: Apakah hikmatnya ya Rasulullah?

Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk mempunyai lidah.Sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.

Salah seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah,kenapa ikan tidak mempunyai lidah?

Rasulullah: Setelah Allah menciptakan Adam, maka diperintahkan sekelian makhluk supaya tunduk dan sujud kepadaNya.Semua malaikat patuh kepada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga.Rupanya yang elok dihapuskan. Lalu Allah menghantarnya ke bumi.

Apabila sampai ke bumi,iblis terus menuju ke laut.Pertama sekali dijumpai olehnya ialah ikan.Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Nabi Adam kepada ikan.Katanya,sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan.

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis,tanpa usul periksa,ia menghebahkan kepada binatang laut lain tentang keburukan Nabi Adam.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu, lalu Allah menghilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak benar.

Untuk itu,sebagai manusia kita perlu menjaga tutur kata dalam perbualan seharian agar tidakmendatangkan kesan buruk kelak.Sesungguhnya Allah amat murka kepada orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain.

Pesanan:Lepas ni boleh pergi tengok kat dalam mulut ikan ada lidah ke tidak? Hmmm..saya pun nak tengok juga....ada juga ye ikan takde lidah.Ikan bilis takde lidahkan? Yang penting sekarang ambil iktibar dari kisah ini..ok ye..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.