Thursday, February 17, 2011

Mereka sangat istimewa...

Kak Sham dan suami Affendi bersama dua orang anak mereka...

Berat mata memandang .berat lagi bahu yang memikul.Begitulah perkara yang dialami oleh kawan suami saya juga merangkap kawan saya.

Terpanggil untuk bercerita mengenai keluarga mereka.Saya hanya mengenali kawan ini yang saya namakan Kak Sham,melalui sekolah suami.Sementelah suaminya kawan sekerja dengan suami saya.Tetapi kini mereka sudah lama berpindah dari Kuala Lipis ke Kajang.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan anak-anak mereka.Mereka mempunyai dua orang anak perempuan.Kedua-dua orang anak mereka adalah insan istimewa,mempunyai sejenis penyakit yang dipanggil CEREBRAL PALSY(Lumpuh Otak) with MITOCHONDRIAL DISEASE.

Jadi cuba kita bayangkan anak-anak kita sihat,sedangkan ada kita terfikir tentang anak-anak yang kurang bernasib baik.Sebab itu kita harus sentiasa bersyukur atas nikmat yang kita dapat,berbanding orang lain.Saya tidak dapat berjumpa terlalu kerap dengan mereka,tetapi baru-baru ni saya mendapat jemputan melalui blog ini untuk berkunjung ke rumahnya.(Blog menyambung silaturahim yang sudah lama putus.)

Memang seperti tahu-tahu sahaja saya akan ke Kuala Lumpur sama tarikh seperti yang dijemput.Lama juga kami tidak berjumpa.tidak sangka anak sulungnya sudah menjangkau 10 tahun.Bayangkan Anissa anak sulungnya masih tidak boleh berjalan,hanya terbaring di atas kerusi roda.Begitu juga adiknya An-Nur, 8 tahun sehingga kini disuap nasi dan diberi minum susu oleh ibubapanya.Mereka tidak dapat berdikari seperti anak-anak normal yang lain.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka dalam membesarkan mereka.Kita tidak tahu apa cabaran yang mereka hadapi dalam membesarkan anak-anak mereka.Entah berapa ramai orang yang menghina atau mencaci,simpati atau prihatin?

Sewaktu berkunjung ke rumah mereka,saya turut membawa kesemua 6 orang anak-anak saya.Saya terangkan serba sedikit keadaan anak kawan saya itu kepada anak-anak saya.Saya katakan kita harus bersyukur dengan keadaan kita yang sihat dan normal ini.Kasihan kepada mereka.Nampaknya anak-anak memahami.Lantas turut meminta untuk bergambar bersama insan-insan istimewa ini.

Jika ada masa datanglah melawat blog mereka dan ayah mereka.Mereka tidak minta simpati,tetapi kita perlu prihatin dengan nasib mereka. Jika nampak lambang oku dimana-mana,silalah berikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.Contohnya tempat letak kereta,tandas awam,di dalam bas awam dan sebagainya.Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.
Bersamalah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka di dunia dan di akhirat.Yang pastinya mereka sangat istimewa !

Anak-anak bergambar bersama....
Lihat mereka sedang beristirehat...
kakak berbaju biru(Anissa),adik berbaju merah(An-Nur)..mereka sedang tidur ni..


Pesanan: Tiada yang lebih besar selain daripada pengorbanan ibubapa kita.Dan kita jangan terlalu angkuh dengan kehebatan fizikal diri kita.Bila-bila masa sahaja kita akan mengadap Pencipta kita.Fikirkan dan renungkan.

3 comments:

  1. memang kesian lah kak..bukan seorang tapi 2 orang..pun begitu mereka jaga elok anak mereka..org lain tu masih tk sedar lahirkan anak normal tp di campak nyer merata2...

    dugaan ni...bila kawin halal dapat anak halal. tuhan bagi dugaan mcm ni..tapi kalau anak yang di lahirkan luar nikah tu comel2 belaka, sihat ,

    betapa tuhan tu maha kaya kan...

    sabar dan tawakal aj lah yang mampu kita buat sebagai seorang hamba nya...moga famili diatas terus tabah.. bee bersyukur sgt dgn apa yang bee adaskrg ni!

    ReplyDelete
  2. Puanbee-inilah dugaan hidup di dunia..

    ReplyDelete
  3. Besarnya dugaan buat ibubapa mereka... bersabarlah sesungguhnya dah ada yang menyambut mereka di syurga nanti...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.