Friday, June 08, 2012

Gangguan Iblis Dalam Sembahyang


Pernah rasa malas nak solat?Ingin segera menghabiskan solat?Terlupa rakaat?Ingatkan pekerjaan yang belum selesai di dalam solat?Ketahuilah itulah semuanya gangguan-gangguan dari iblis..

Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis,sabdanya, "Wahai iblis!Ketika umatku berdiri mendirikan solat,bagaimanakah hal engkau pada waktu itu? "Jawab iblis,"Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku,seluruh badanku akan menggeletar dan lemah.Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu.Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan,sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas(hendak solat)."

"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya.Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak tenang.Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya solat itu cepat habis.

Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu menjadi kurang.Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil,maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Ha,syaitan pun kena hukuman tau!

Pesanan: Berhati-hati dengan godaan ini...syaitan sentiasa akan menyesatkan manusia..

5 comments:

  1. teringin nak khusyuk sepenuh jiwa dalam solat.. tapi tok iman sendiri akui.. dia pun kadang2 susah nak dapat khusyuk dalam solat.. khusyuk macam sahabat-sahabat nabi...

    ReplyDelete
  2. sy pun kdg2 tak kusyuk dlm solat...

    ReplyDelete
  3. mmg syaitan tu selalu ade bila sy solat. asyik was2 je bila solat. huhu.

    ReplyDelete
  4. saya sendiri pon...susah nak dapat khusyuk sepenuhnya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.