Friday, December 10, 2010

Surat Yang Menyentuh Hati Seorang Umi dan Baba

Hampir menitis air mata seorang ibu tatkala membaca surat yang dikarang sendiri oleh anak yang telah dikandung selama 9 bulan sepuluh hari. Sejuk perut umi yang sudah bersusah-payah melahirkan kamu ke dunia ini. Tidak sia-sia menghantar kamu ke kem solat walaupun hanya untuk 2 hari 1 malam. Ini hasilnya....(mungkin mereka disuruh menulis surat ini,tetapi apa pun sebab saya tetap menghargainya).




Saya salin semula ayatnya:
Bismillahirrahmanirahim....(dia yang eja sendiri)
terima kasih umi dan baba kerana telah mendidik Athirah dari kecil hingga besar...ampunkan dosa tiyah...Athirah tahu Athirah banyak dosa....Athirah janji Athirah akan belajar bersungguh-sungguh dan Athirah akan rajin selalu...Athirah yakin Athirah akan mendengar kata umi dan baba... dan Athirah yakin Athirah akan sentiasa solat...Athirah akan sering mendengar kata umi dan baba...Athirah yakin Athirah akan menjadi anak solehah...Athirah yakin Athirah akan solat Athirah tak kan tinggalkan solat...Athirah tak kan buat perkara yang umi dan baba tak suka. Athirah akan doakan umi dan baba supaya panjang umur...Apabila Athirah besar Athirah akan mendidik umi dan baba seperti umi dan baba didikan Athirah waktu kecil.Athirah tahu selama ini Athirah dah buat banyak dosa...Athirah tahu Athirah pernah bercakap kasar dengan umi dan baba...tolong maafkan Athirah lagi sekali.Athirah pernah buat umi dan baba sedih... umi dan baba jangan marah Athirah lagi...
Apabila tiyah UPSR tiyah akan mendapat 5A...Athirah akan mendengar nasihat umi dan baba....
ampun maaf akan kesilapan yang tiyah telah buat kepada umi dan baba...athirah sayang umi dan baba....
Pesanan: Athirah anak ke-3 dan baru berusia 9 tahun....katanya lagi kawan-kawannya menulis pendek je,dia yang tulis paling panjang...

7 comments:

  1. nampak sangat dia banyak wat salah kat ko.......hahahaha


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. Salam Kak,

    harus simpan surat nie, nanti boleh tunjuk kat dia kemudian hari :)


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  3. @sumijelly@yanmie...budak ni masih suci lagi dari dosa,so tak de rasa sangat kalau dia buat salah ngan kita...tapi surat tu memang nak simpan...

    ReplyDelete
  4. ololo..mst akk ngis kan..terharunya...heee...
    kalau boleh.tiyah nak didik ank tiyah mcm umi n baba didik athirah!suka ayt ni.hee..

    ReplyDelete
  5. terharulah sikit...echah...sob...sob...sob

    ReplyDelete
  6. sebaya anak saya lah ni. 9 tahun, byk akalnya dan byk pula tanyanya.

    ReplyDelete
  7. ye lah kak liza..budak ni bijak sikit...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.