Monday, November 15, 2010

saya perlukan rehat....

Setelah sekian lama saya menyepikan diri dalam dunia blog,kini saya boleh menjenguk seketika blog yang sudah lama saya tinggalkan akibat kesuntukan masa. Kesibukan masa saya yang banyak dihabiskan dengan membuat bermacam-macam perkara yang mendatangkan faedah buat saya dan keluarga.

Walaupun dihambat masa yang sering cemburu dengan saya, saya masih berpeluang untuk besantai seketika dengan menemani suami ke Kuala Lumpur menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu bulan lepas..gembirakah saya?? Tentulah. Sebabnya saya banyak menghabiskan masa di rumah mak ayah,sedangkan suami ke stadium menonton bola. Bagi saya baiklah tengok kat tv jerrrr...boleh baring-baring...tapi sebaliknya berlaku.Saya pergi membeli belah ke Tesco Ampang bersama adik saya tatkala Negeri Sembilan sudahpun menjaringkan satu gol! Balik aje ke rumah, Negeri Sembilan pulak kena belasah 2-1,yang menyebabkan Kelantan mendapat cuti sehari pula selepas itu. Tapi saya tak kisah langsung dengan keputusan itu.

Rupanya, untuk mencari sesuap nasi tidak semudah disangka. Begitulah hal nya dengan pembuatan kek saya yang dibuat untuk dijual.Minat yang amat menyebabkan keletihan yang amat diketepikan begitu sahaja. Tanpa pertolongan pembantu (pembantu ada,tetapi dia pun sibuk juga),saya membuat kek dan roti dengan sedaya upaya saya. Yang mana termampu dek tulang empat kerat ni. Jadi kadang-kadang terabai juga tugas sebagai isteri dan ibu. (kadang-kadang je tau). Saya perlu pandai membahagikan masa untuk membahagiakan keluarga.

Bukan mudah untuk berjaya jika tidak dimulakan dari bawah. Begitulah saya. Tetapi saya masih lagi diperingkat belajar lagi. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan saya untuk meneroka lebih jauh lagi tentang pembuatan kek ini. Masa masih ada,tetapi saya perlu gunakan untuk yang penting dahulu.

Wah, bila mana sudah lama tidak menaip,saya menjadi teruja menaip di komputer. Idea pula mencurah-curah keluar. Ayatnya pula semakin menarik untuk dibaca,,,he he he...mengelamun jauh..tersimpang jauh ni...Banyak yng ingin dirakamkan disini, tetapi menunggu masa juga.Sebab seperti yang saya katakan masa diperlukan untuk perkara yang penting dahulu.

Oklah. Jumpa lagi!

Pesanan: Anak saya sudah mendapat keputusan peperiksaan,semuanya berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.