Monday, August 23, 2010

Umi tak puasa ye...

Tengah hari semalam, saya menyuap Anis yang berusia 3 tahun tu makan. Anak-anak yang lain sedang kusyuk menonton cerita di saluran Astro. Saya pun tak pasti channel berapa. Rasa-rasa cerita kartun. Sedang saya syok menyuap Anis, tiba-tiba Athirah anak ke-3 berkata pada saya.

"Umi makan ye?".
"Hey! kan umi tengah suap adik ni. Nampak ke umi makan?".tanya saya pula.
"Ingat umi makan tadi"

Mereka ni dah tahu yang saya tak boleh puasa kerana 'uzur'. Jadi sibuk nak tanya saya makan ke tidak. Saya tak puasa pun takkan nak menunjuk makan depan anak-anak. Saya pun sahur bersama mereka walaupun tak boleh puasa. Sikit-sikit tanya umi makan ke tidak.

Kali ni baru saya tengok mereka ambil berat dan faham kenapa saya tidak boleh puasa. Ini menunjukkan mereka sudah faham dan sudah semakin besar. Dulu masa mereka kecil-kecil makan depan mereka pun tak kisah. Tapi sekarang budak-budak umur 5 dan 6 tahun pun boleh tanya balik kat kita kenapa makan kalau puasa.

Saya manalah boleh nak makan bersungguh-sungguh walaupun tak puasa. Saya masih hormat pada bulan puasa dan pada orang yang ramai berpuasa di rumah ni dari yang tak berpuasa. Kecualilah waktu mereka dah ke sekolah. Takpelah. Mereka tak nampak. he he he...

Pesanan: sabar je lah melayan karenah anak-anak ni.

4 comments:

  1. Anak2 kecil ni cepat belajar, mcm2 diaorang nak tahu....kdg2 susah nak ckp sebab dia tak faham sangat... para ibu mmg kena byk bersabar..bukan senang nak didik anak...

    ReplyDelete
  2. kalau nampak umi dia makan, dorg pun nak tumpang sama la tu...hehehe.

    ReplyDelete
  3. lenkali jgn le bagitau takleh puasa. sneyap2 sudah. mkn nyorok2..hihi

    ReplyDelete
  4. @HANI ..takpe...memang sabar itu pun separuh dari iman..kita kena ajar slow2...

    @Kancilbiru...itulah yang tak best tu..nk tumpang makan...batal pose..he he he tumpang tengok je takpe...

    Camne tak bagitau.Kadang-kadang waktu nak buat air nak rasa, termminum dengan sudu depan diorang...tu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.