Sunday, August 22, 2010

Kecewanya Anis

Hari Sabtu (semalam) saya dan suami ke pasar untuk mencari lauk mentah buat bekalan seminggu. Pagi-pagi lagi saya dah desak suami ke pasar,sebab saya tengok dia nak ke bilik untuk menyambung tidurnya. Sebab kalau dia dah mula tidur, susahlah nak kejut ke pasar. Tak pasal-pasal saya kena pergi sendirian. Tak naklah saya ke pasar sorang-sorang lagipun dalam bulan puasa ni.Letih rasanya nak bawa barang sorang-sorang.

Pergi sama ke pasar 3 orang anak saya termasuk Anis. Saya bawa dia sekali kerana dah berjanji nak belikan subangnya. Setelah selesai ke pasar, jam sudah menunjukkan jam 9 pagi. Saya pun ke kedai emas berdekatan di dalam bandar Kuala Lipis tu. Kedai emas cuma ada 3 buah aje. Tengok kedai yang biasa saya pergi, memang buka . Dari jauh lagi saya dah tersenyum. Wah, gembiralah Anis nanti ni. Malangnya, memang kedainya buka,tapi pekerja yang biasa menindik telinga tu tak bekerja pula hari tu. Hari isnin baru boleh. Saya terangkan pada Anis dalam bahasa yang boleh dia fahami.(dengan lembut sekali) Anis dengan muka sedih tapi tak menangis memeluk kaki kakaknya. (nak tunjuk kecewalahtu)

Suami saran kami lihat kedai lain pula. Setelah puas mencari, kedua-dua kedai emas tersebut juga tutup. Kecewa betul. Sehingga jam sepuluh baru kami balik. Saya terpaksa memujuk Anis memberitahu padanya bahawa kedai semua tutup. Nampaknya memang sedih aje mukanya. Tapi bila saya tawarkan untuk beli roti padanya, sejuk sikit hatinya. Mmmm....tak dapat juga bertindik Anis ni. Takpelah Anis,kita cuba pergi hari lain pula ye.

Pesanan: Sebagai seorang ibu,saya merasa sedih juga bila anak bersedih. Inilah yang dinamakan naluri ibu kuat dengan kasih sayang. Jadi sayangilah anak-anak kita.

2 comments:

  1. eleh..bagi ape je pun kat anis tu okey la dia. terutama bagi 100 plus. haha....

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...nasib baik dia tak mintak 100 plus hari tu...sebab dah muak lah minum air tu...mintaklah air lain pulak..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.