Thursday, August 26, 2010

Betul ke musim perayaan ni ada Jualan Murah?

Bila nak datang raya ni barulah kita sibuk nak cari baju raya,nak beli kuih raya nak beli balang kuihlah(takkan balang kuih pun tukar tiap-tiap tahun?), nak beli perabot barulah dan macam-macam lagi.

Kenapa nak tunggu raya baru nak beli. Sedangkan hari sebelum raya pun boleh beli. Ini yang menyebabkan peniaga mula menaikkan harga barang (biarpun mereka dah tulis SALE). Memang betul ada yang benar-benar menurunkan harga, tapi tidak kurang juga yang memang meletakkan harga sama seperti sebelum raya. Kita yang tertipu? Atau mereka yang menipu?

Saya ada rakan-rakan yang terlalu 'detail' tentang harga barang di sesebuah pasaraya yang telah mereka kunjungi. Mereka ni sering membandingkan harga sesuatu barang dengan pasaraya yang lain pula. Jadi apabila tiba jualan murah,mereka pergi semula ke pasaraya tersebut, apa yang mereka dapati harga barang tersebut sama sebelum barang tersebut di tag dengan jualan murah.

Inilah yang selalu kita kejarkan. Jualan murah yang memang sudah murah. Jadi bagi kita yang tidak terlalu peka dengan perbezaan harga sesuatu barang ini pula menyangka bahawa mereka memang menurunkan harga barang,pada hal harganya tetap sama malah mungkin juga mereka menaikkan sedikit harganya. Itu kita tidak tahu.

Jadi berhati-hatilah semasa berbelanja di musim perayaan ini, nak yang murah dapat yang mahal. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Pesanan: Saya cuma nak membeli yang perlu sahaja. Harap-harap tidak 'over budget'.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.