Thursday, July 08, 2010

Bola dan Durian

Malam semalam, suami beritahu nak tengok bola jam 2 pagi.Saya tak ambil tahu langsung tentang bola ni. Bukan tak minat,minat juga tengok. Tapi sebab saya sangat sibuk dengan bisnes cupcake saya yang sedang rancak berjalan baik,maka saya malas nak ambil tahu tentang bola.



Saya tak kisah jika suami nak tengok bola pukul berapa pun. Tapi saya risau pasti dia akan bangun lewat dan akan ke tempat kerja dalam keadaan yang mengantuk sebab tidak cukup tidur. Memang kerisauan saya menjadi kenyataan,sebab esok pagi dengan saya sekali bangun lewat. Saya lewat sebab keletihan membuat kek pada siang hari.Saya bangun dia masih tidur di depan tv dengan keadaan tv masih menyala lagi. Sah! Tv yang tengok dia. Saya tak pasti dia tengok hingga habis atau tidak perlawanan tersebut. Saya sendiri tidak sempat bertanyakan hal itu. Malas!



Saya rasa jam 6.30pagi itu lewat,sebab saya perlu sediakan makanan untuk anak-anak yang akan ke sekolah. Mujur saya cekap. Dapat juga saya sediakan mee tiaw goreng pada pagi tersebut dalam keadaan yang sedikit kelam kabut. Sempat jugalah mereka bersarapan sebelum ke sekolah.



Pada petangnya, suami pulang lewat ada mesyuarat. Lagilah saya tak sempat nak berbual tentang perlawanan yang telah ditonton suami. Sebab selepas dia balik mandi,dia keluar semula ke padang bola pula menyaksikan perlawanan bola sekolahnya. Saya pula sibuk menghantar kek ke kedai. Tengok betapa sibuknya kami.



Malam pula suami keluar lagi. Katanya nak ambil durian kunyit kat rumah kawannya. Tunggu punya tunggu lambat pula dia balik.Jadi saya pun masuk tidur. Saya nak juga tengok durian kunyit yang dia ambil tu. Katanya sekilo Rm18.Entah macam mana lah rupanya. Besar ke kecil. Nantilah dah dapat nanti saya ceritakanlah.

Pesanan: Jangan tidur lewat,jaga kesihatan juga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.