Tuesday, July 27, 2010

Sedapnya...Otak-otak ni...

Saya ke Kuala Lumpur minggu lepas menghantar kek pada sebelah siang. Pada sebelah malamnya pula saya singgah ke rumah abang saya di Kg Malaysia Tambahan. Saya singgah di sebuah restoran bernama 'CERUK'. Di restoran tu lah abang saya berniaga otak-otak. Saya tidak pernah makan otak-otak sebelum ni.

*pembekal otak-otak ni dari Gombak. sebab itu namanya otak-otak Gombak*


Bayangkanlah dengar je otak-otak macam-macam yang saya fikirkan. Tapi sebenarnya otak-otak diperbuat dari ikan. Entah kenapalah diorang sebut otak-otak. Saya mencuba untuk pertama kali makan otak-otak. Memang sedap. Panas-panas lagi. Baru di panggang. Sedap bukan kerana abang saya yang menjualnya. Tetapi memang betul sedap.


*yang sedang membakar otak-otak itulah abang saya*

Tengoklah gelagat saya sekeluarga makan otak-otak. Anak-anak pun tak pernah makan sebelumnya,pun kata sedap. Budak-budak kan tak menipu. He he he... Tapi saya tak dapatlah nak makan banyak. Sebab sebelumnya saya sudah pun mengambil makanan berat di rumah. Jadi makan sekadar nak penuhkan perut yang kosong ni je.

Selain otak-otak, ada juga tauhu bakar. Saya pun mencubanya. Biasanya saya makan tauhu sumbat.Ala tauhu yang dibelah dua lepas tu disumbat dengan timun yang dihiris halus. Itupun masa bulan puasa je. Okay juga rasanya tauhu bakar ni. Memang sedaplah.
*Saya nak makan, anak saya yang bongsu itu hanya mampu melihat. :) *

Jadi pada sesiapa yang ke Kuala Lumpur, cubalah singgah ke restoran 'Ceruk' untuk merasai otak-otak panggang dan tauhu bakar. Cari ye di Kg Malaysia Tambahan. Nanti kirim salam kat abang saya ye..Sebab saya pun jarang jumpa dia,maklumlah duduk jauh-jauh. KL-KL(Kuala Lipis-Kuala Lumpur).


Pesanan: Dah cuba baru leh rekomen kat orang lain. Tak cuba jangan pandai-pandai nak rekomen kat orang.

Terima tempahan lagi..

Minggu lepas saya ke Kuala Lumpur lagi. Saya ke sana dengan dua tujuan. Satu menghantar tempahan kek cokelat dan satu lagi mencari bahan-bahan mentah membuat kek. Bukan apa, dekat dengan rumah saya di Lipis jauh beza sangat,mahallah.

Jadi saya ambil kesempatan membeli bahan mentah tersebut sewaktu menghantar tempahan kek cokelat kawan saya untuk majlis cukur jambul anaknya. Jadi saya tak rugi apa-apapun. Lagipun tempat tinggal...duduklah rumah mak saya...Takde masalahkan.

Nampaknya memang kawan saya sungguh memberi sokongan atas usaha saya ni. Mudah-mudahan berkembanglah. Menurut kawan saya anak-anaknya paling suka makan kek cokelat tersebut. Disamping kek cokelat comel 400 biji yang ditempahnya, dia juga menyuruh saya membuat satu kek cokelat besar untuk harijadi kakaknya. Siap suruh tulis atasnya. Saya baru beberapa kali buat dan tak pernah tulis atas kek cokelat. Tetapi kali ni saya cuba juga untuk mereka corak yang menarik untuk kek tersebut. Jangan dilupa jiran saya Cikgu Niena. Dia lah juga yang banyak membantu saya memberi idea atas kek tersebut. Hasilnya amat memuaskan.

Harap-harap dia juga puas hati.

Pesanan: Keikhlasan membuahkan hasil yang berbaloi.

Friday, July 23, 2010

Anak-anak semakin membesar

Semalam saya selongkar gambar kat bilik jumpa gambar Siti Nurhaliza..Sekarang saya terjumpa gambar anak-anak. Gambar anak-anak 3 tahun dulu. Sekarang mereka dah bertambah besar.

Ini gambar sewaktu anak yang kedua Aisyah 8 tahun,yang ketiga Athirah 6 tahun dan yang ke empat 5 tahun.

3 tahun yang lepas...

Sekarang :tahun 2010
Sekarang masing-masing sudahpun berada di sekolah rendah dan berumur 11 tahun,9 tahun dan 8 tahun. Cepat masa berlalu anak-anak semakin membesar. Yang paling risau sekali saya ramai anak perempuan. 5 orang semuanya.Berazam menjaga mereka sebaik mungkin. Dalam zaman internet yang semakin canggih ni, saya risaukan keselamatan kesemua anak-anak saya. Macam-macam yang saya dengar tentang perangai manusia yang semakin rakus membuat dosa.Biarlah saya bertegas sekarang sebelum semuanya menjadi terlambat. Tapi perlu diingat kita merancang hanya Allah yang tentukan segalanya.


Pesanan: Anak-anak anugerah Allah yang tak ternilai,hargailah.

Thursday, July 22, 2010

Jumpa Siti Nurhaliza

Saya selongkar gambar-gambar di bilik,terjumpa gambar saya dan Siti nurhaliza. Tiba-tiba saya nak buat cerita tentangnya. Ini adalah kaitannya dengan reunion Siti Nurhaliza yang akan diadakan di SMK Clifford pada 31 Julai- 1 Ogos 2010.

Gambar saya bersama SITI

Saya rasa bertuah dapat juga menetap berdekatan dengan tempat Siti Nurhaliza membesar iaitu Kuala Lipis. Saya sendiri tidak menyangka kenaikan pangkat suami telah membawa kami ke sini pada tahun 2002. Saya amat meminati penyanyi tersohor Malaysia ini. Manakan tidak awal-awal setelah kami berpindah ke sini, tempat yang saya cari adalah rumah Siti Nurhaliza yang terletak di Taman Pertama. Tahun tu tak silap saya dia masih menetap di rumah lamanya sebelum berpindah ke rumah barunya. Jelas terpampang signboard 'Rumah Siti Nurhaliza' sebelum masuk ke jalan rumahnya.


Kemudian pada Julai 2004,Siti mengadakan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di seluruh Malaysia dan juga ke tempat berdekatan Kuala Lipis iaitu Raub. Oleh kerana minat, saya mencuba nasib masuk pertandingan untuk bertemu Siti Nurhaliza melalui e-mail. Akhirnya pada 7 Julai 2004 saya mendapat e-mail dari pihak beliau mengatakan saya berjaya dalam pertandingan tersebut. Mereka hanya ingin tahu sebab ingin berjumpa Siti Nurhaliza. Saya tak ingat apa yang saya tulis.


Gembira tak terkata. Saya di beri 2 pas. Bermakna saya diberi peluang membawa rakan. Jadi saya mengajak rakan baik saya (Nik Hidayati)dari Kelantan datang ke sini menaiki keretapi. Hari yang dinantikan tiba, pada 14 Julai 2004, saya bertemu siti Nurhaliza bersama-sama dengan 4 orang lagi pemenang bersama pasangan masing-masing ke Rumah Rehat Raub,Pahang.

Gembira tak terkata dapat cenderahati dan dapat bergambar dekat dengan Siti Nurhaliza. Memang cantik orangnya. Memang seperti tak percaya saya sudah bertemu dekat dengan penyanyi tersohor Malaysia ni. Seperti dalam mimpi. Bukan senang nak berjumpa dengannya.


Pesanan: Cukuplah tu dapat berjumpa sekali,jangan tamak he he he...



Wednesday, July 21, 2010

Leka kat depan komputer,hangus sambal ikan...

Pagi ni tak sesibuk biasa sebab saya malas nak buat kek. Penat buat roti semalam tak habis lagi. Jadi saya hanya buat tat telur je pagi ni,itupun baki tepung yang dah siap diuli dalam peti...Dapat lah 9 biji tat telur. Jadilah.

Saya asyik mengadap komputer pagi ni. Lagipun anak kecil meragam.Jadi saya dukung sambil menaip. Tengok je dia okay,saya letak atas tilam,saya pun mulalah siang ikan kat dapur. Garam kunyitkan saya goreng. Lepas tu hadap lagi komputer. Siap dah masak ikan. Masak sambal lak. Tumbuk-tumbuk bawang,terus tumis dalam kuali. Cili kering giling dah siap simpan dalam peti.Memang saya dah blender banyak sikit lepas tu simpan dalam peti. Ambil je dalam sesudip masuk dalam kuali.

Masa ni lah, saya kecikkan api. Sebab nak biarkan sambal tu masakDah siap buh garam ngan asam kepingpun.. Saya ke depan hadap komputer lagi. Tengah buka FB.Kebetulan ada lak kawan dalam FB tengah anta-anta mesej ngan saya. Saya pun balas membalas. Tiba-tiba tengok berasap kat dapur. Cepat-cepat saya lari ke dapur. Aduh! garingnya...Sib baik tak hangus sangat.Garing je lah kan. Saya amik ikan goreng tadi,goreng sekali kejap, angkat dalam pinggan. Jadilah ikan goreng sambal garing. Boleh lagi kalau nak makan.Cuma tak berkuahlah sambal tu.



Itulah lauk tengah hari ni.

Pesanan: Buat satu-satu sampai habis.

Wednesday, July 14, 2010

Hasil kerja saya

Oh ya..sejak dua menjak ini... semakin banyak tempahan yang saya terima...
Ramai betul permintaan untuk CUP CAKE ni...

Alhamdulilah..rezeki saya....


Ini adalah tempahan dari pelanggan...
banya x??

Saya buat snediri sambil di bantu anak2 yang pulang dari sekolah.. Terima kasih anak-anakku...
Ummi sayang kalian..




Berminat ingin menempah dengan saya??

Adess...saya masih lagi sdg mempelajari nya... nanti bila saya dh terror leh la buat bisnes.,...dan masa tu boleh la menempah..skrg masih lagi belajar...

Maaf yekkengkawan..hehehe setakat tempahan sikit boleh la buat..hehehe

Sunday, July 11, 2010

Mana Janjimu...

Hari tu janji macam mana...Beria-ia saya tunggu malam tu hingga mengantuk dan masuk tidur terus. Kata nak bawa balik dari rumah kawan durian kunyit. Bangun esoknya, suami beritahu dah habis durian tu. Ada pun yang dikupas kat situ juga. Diorang je lah yang makan. Tak dapat nak bawa balik.

Nasib baik bukan mengidam. Tapi cuma nak tahu bagaimana rupa durian kunyit tu. Apa rasanya. Tak apa lah. Bukan rezekilah tu. Suami kata takkan nak minta bawa balik kalau tuannya tak offer.

Hari sabtu baru-baru ni, kami membuat jamuan akikah untuk anak yang kecil. Ayah, mak dan adik bongsu saya @ Cik Norfa datang ke rumah saya. Tak lupa juga mak membawa seorang anak jiran,Farah.(anak mak jaga dari kecil).Tapi suami share seekor lembu dengan 6 rakan yang lain. Akikah kali ni dibuat di sekolah suami. Dengan bantuan cikgu-cikgu yang lain jamuan akikah berjalan lancar. Kami semua yang terlibat dengan akikah tersebut berniat untuk menjamu pelajar-pelajar sekolah suami. Maka kami membuat jamuan tersebut bermula dari menyembelih lembu,memasak gulai semuanya dilakukan di sekolah. Saya juga mengagihkan gulai daging kepada jiran-jiran saya juga. Selesailah jamuan tersebut.

Sebelum mak ayah pulang semula ke Kuala Lumpur,saya ada membelikan durian untuk mereka membawanya pulang. Saya membelah dalam 2 biji durian untuk dimakan dirumah saya.Akhirnya dapat juga makan durian.Biarlah bukan durian kunyitpun. Asalkan durian. Harapkan orang lain bawakan durian...hmmm...lambatlah boleh merasa.

Pesanan: Jangan beria-ia berjanji kalau rasa tak dapat penuhi.

Thursday, July 08, 2010

Bola dan Durian

Malam semalam, suami beritahu nak tengok bola jam 2 pagi.Saya tak ambil tahu langsung tentang bola ni. Bukan tak minat,minat juga tengok. Tapi sebab saya sangat sibuk dengan bisnes cupcake saya yang sedang rancak berjalan baik,maka saya malas nak ambil tahu tentang bola.



Saya tak kisah jika suami nak tengok bola pukul berapa pun. Tapi saya risau pasti dia akan bangun lewat dan akan ke tempat kerja dalam keadaan yang mengantuk sebab tidak cukup tidur. Memang kerisauan saya menjadi kenyataan,sebab esok pagi dengan saya sekali bangun lewat. Saya lewat sebab keletihan membuat kek pada siang hari.Saya bangun dia masih tidur di depan tv dengan keadaan tv masih menyala lagi. Sah! Tv yang tengok dia. Saya tak pasti dia tengok hingga habis atau tidak perlawanan tersebut. Saya sendiri tidak sempat bertanyakan hal itu. Malas!



Saya rasa jam 6.30pagi itu lewat,sebab saya perlu sediakan makanan untuk anak-anak yang akan ke sekolah. Mujur saya cekap. Dapat juga saya sediakan mee tiaw goreng pada pagi tersebut dalam keadaan yang sedikit kelam kabut. Sempat jugalah mereka bersarapan sebelum ke sekolah.



Pada petangnya, suami pulang lewat ada mesyuarat. Lagilah saya tak sempat nak berbual tentang perlawanan yang telah ditonton suami. Sebab selepas dia balik mandi,dia keluar semula ke padang bola pula menyaksikan perlawanan bola sekolahnya. Saya pula sibuk menghantar kek ke kedai. Tengok betapa sibuknya kami.



Malam pula suami keluar lagi. Katanya nak ambil durian kunyit kat rumah kawannya. Tunggu punya tunggu lambat pula dia balik.Jadi saya pun masuk tidur. Saya nak juga tengok durian kunyit yang dia ambil tu. Katanya sekilo Rm18.Entah macam mana lah rupanya. Besar ke kecil. Nantilah dah dapat nanti saya ceritakanlah.

Pesanan: Jangan tidur lewat,jaga kesihatan juga.

Misi tak nampak saya

Semalam saya membawa si kecil ke klinik daerah berdekatan. Si kecil sudah pun berusia 4 bulan. Balik sahaja suami dari kerja terus ke klinik. Waktu tu jam menunjukkan pukul 3.15 petang...lebih kuranglah. Saya pun mendaftar seperti biasa sebelum ke klinik ibu dan anak.

Setelah selesai saya pun meletakkan buku kesihatan anak di atas bekas yang disediakan. Waktu tu tak ramai pesakit. Mungkin dalam 3 orang. Saya pun duduk di kerusi sambil menonton tv yang disediakan di klinik tersebut. Lama juga menunggu. Saya lihat di sekeliling klinik,taklah sibuk sangat. Misi pulak ada dalam 3 orang sedang sibuk menulis. Takkan tak nampak saya. Dalam hati dah mula saya berkata-kata. Macam ni lah klinik kerajaan. Pesakit masuk pun buat tak tahu je. Sehinggalah saya rasa hampir 10 minit menunggu, saya pun tegur seorang misi. "Dik(bukan nama sebenar), ramai lagi ke orang ?" Lambat sikitlah,ada pesakit dalam bilik doktor". jawab misi. Saya berkata lagi. "Saya ni nak timbang berat anak je"

Barulah misi tu cakap." La bila masa ada sini,tak nampak masuk tadi.Ingatkan tengah tunggu nak jumpa doktor. Tak perasan tadi." Barulah saya sedar rupanya diorang tak perasan saya duduk kat kerusi merah tu. Sebab saya pakai baju kurung merah,tudung merah. Dah macam tenggelam dengan warna merah tu. Gelihati mengingatkan kejadian tu. Yang best lagi anak saya pun kebetulan hari tu pakai seluar merah. Tapi baju putih. Lepas tu barulah boleh terus timbang anak saya.

Masa yang diambil tak lama. Sekejap je dah selesai. Cuma saya rasa lain kali kena lihat keadaan dahulu, kalau rasa tak sibuk sangat,elok ditegur misi yang sedang leka membuat kerja lain. Ye lah mungkin betul tak perasan kedatangan saya.Takpelah,asalkan layan pesakit dengan baik sudah cukup.

Pesanan: Jangan selalu syak buruk dengan orang lain.