Friday, June 11, 2010

Tempahan kek Coklat yang pertama..

Wah..semakin hari semakin sibuk saya. Sehinggakan terabai (sikit je) anak bongsu saya Arissa.Mujur sekarang ni cuti sekolah.Baba dan anak-anak saya yang lain ada di rumah.Mereka boleh menjaga Arissa ketika saya sibuk di dapur. Saya cuba sedaya upaya membuat kek bagi memenuhi permintaan kedai-kedai yang menjual kek saya itu.

Saya bernasib baik kerana suami memberi sokongan yang baik terhadap apa yang sedang saya usahakan. Baru-baru ni mixer yang saya beli dengan harga murah rosak.Mungkin mixer tersebut tidak boleh digunakan terlalu lama. Maka suami mengajak ke Kuala Lumpur untuk membeli mixer yang baru.Saya pun ikutkan je lah. Jadi sekarang saya mempunyai mixer yang lebih besar sedikit dan tahan lama. Mudahlah saya membancuh adunan kek. Mak saya turut memberi sokongan dengan meminjamkan ovennya,jadi bertambah cepatlah dapat saya siapkan kek tersebut.

Pada hari ahad ni,kawan adik saya ingin membuat jamuan di rumahnya.Dia turut mengajak saya. Saya membalas mesejnya sambil bergurau, "tak nak order ke kek ngan Kak Ida".Terus dia beri jawapan yang mengejutkan saya. "Naklah kalau Kak Ida boleh buat".Jadi saya perlu menyiapkan tempahannya hari ini. Saya perlu membuat 240 biji kek coklat kukus kecil tu. Saya akan ke rumah mak esok untuk mengambil balik 2 orang anak saya yang saya ditinggalkan hampir seminggu. Jadi tempahan kek tersebut boleh di hantar terus ke rumahnya di Taman seri Kembangan. Mungkin ini antara promosi secara tak langsung untuk kek saya itu. He he he...tempahan pertama ni. Gembira sangat.

Jadi, saya nak buat lah ni. Nak memasak lauk tengah hari,kemudian sambung buat kek. Letih tak terasa. Ok Bye!

Pesanan: Jangan lupa rumahtangga walaupun apa pekerjaan yang kita lakukan. He he he ditujukan untuk saya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.