Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Saya sekarang berada di Kelantan kampung suami saya. Kami bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang dan tiba di rumah mak ayah suami jam 12 tengah malam. Jem yang paling teruk adalah di Kuala Krai. Suami terpaksa melanggar peraturan jalan raya dengan mengambil jalan kecemasan sebagai alternatif untuk sampai cepat. Maklumlah dengan anak yang ramai dalam kereta,keletihan sudah terasa yang amat sangat. Sepatutnya raya haji kali ini saya patut beraya di rumah mak di Kuala Lumpur. Namun oleh kerana raya haji terus cuti sekolah saya dan suami berkeputusan beraya di Kelantan dahulu.

Selepas ini baru kami pulang ke Kuala Lumpur seterusnya meninggalkan separuh anak-anak kami di sana.Ha ha ha...Teruk kah saya? Taklah. nak hilangkan kesunyian di rumah mak dan ayah je.Lagipun masa ni lah mereka nak bermesra dengan cucu-cucu.

Bercerita tentang raya di Kelantan. Rutin paginya,solat sunat Raya, pulang je dari masjid. terus ke kawasan penyembelihan lembu. Selesai melapah lembu, ditimbang untuk dibahagi-bahagikan kepada yang berkenaan seterusnya selebihnya untuk dimasak dan makan beramai-ramai. Menunya daging goreng,daging singgang.Itulah yang terjadi setiap kali saya beraya Hari Rayua Haji di Kelantan. Seronok tau. Anda bagaimana?

Pesanan:Jangan lupa erti pengorbanan?

Monday, November 15, 2010

saya perlukan rehat....

Setelah sekian lama saya menyepikan diri dalam dunia blog,kini saya boleh menjenguk seketika blog yang sudah lama saya tinggalkan akibat kesuntukan masa. Kesibukan masa saya yang banyak dihabiskan dengan membuat bermacam-macam perkara yang mendatangkan faedah buat saya dan keluarga.

Walaupun dihambat masa yang sering cemburu dengan saya, saya masih berpeluang untuk besantai seketika dengan menemani suami ke Kuala Lumpur menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu bulan lepas..gembirakah saya?? Tentulah. Sebabnya saya banyak menghabiskan masa di rumah mak ayah,sedangkan suami ke stadium menonton bola. Bagi saya baiklah tengok kat tv jerrrr...boleh baring-baring...tapi sebaliknya berlaku.Saya pergi membeli belah ke Tesco Ampang bersama adik saya tatkala Negeri Sembilan sudahpun menjaringkan satu gol! Balik aje ke rumah, Negeri Sembilan pulak kena belasah 2-1,yang menyebabkan Kelantan mendapat cuti sehari pula selepas itu. Tapi saya tak kisah langsung dengan keputusan itu.

Rupanya, untuk mencari sesuap nasi tidak semudah disangka. Begitulah hal nya dengan pembuatan kek saya yang dibuat untuk dijual.Minat yang amat menyebabkan keletihan yang amat diketepikan begitu sahaja. Tanpa pertolongan pembantu (pembantu ada,tetapi dia pun sibuk juga),saya membuat kek dan roti dengan sedaya upaya saya. Yang mana termampu dek tulang empat kerat ni. Jadi kadang-kadang terabai juga tugas sebagai isteri dan ibu. (kadang-kadang je tau). Saya perlu pandai membahagikan masa untuk membahagiakan keluarga.

Bukan mudah untuk berjaya jika tidak dimulakan dari bawah. Begitulah saya. Tetapi saya masih lagi diperingkat belajar lagi. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan saya untuk meneroka lebih jauh lagi tentang pembuatan kek ini. Masa masih ada,tetapi saya perlu gunakan untuk yang penting dahulu.

Wah, bila mana sudah lama tidak menaip,saya menjadi teruja menaip di komputer. Idea pula mencurah-curah keluar. Ayatnya pula semakin menarik untuk dibaca,,,he he he...mengelamun jauh..tersimpang jauh ni...Banyak yng ingin dirakamkan disini, tetapi menunggu masa juga.Sebab seperti yang saya katakan masa diperlukan untuk perkara yang penting dahulu.

Oklah. Jumpa lagi!

Pesanan: Anak saya sudah mendapat keputusan peperiksaan,semuanya berjalan dengan baik.

Friday, October 01, 2010

Menyepi selepas raya

Lama saya tidak update blog saya. Kesibukan saya yang bermula dari 3 hari sebelum raya dan juga selepas raya. Saya pulang awal ke kampung suami kerana akan balik awal ke rumah semula.

Hari raya pertama pada sebelah petang saya sudah sibuk menyiapkan 500 biji kek cokelat kukus untuk dibungkus sebagai buah tangan buat para tetamu yang bakal hadir pada hari perkahwinan anak saudara suami saya. Saya bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam,kerana menggunakan kukusan kecil dan acuan yang sedikit. Tetapi dengan bantuan dari saudara-saudara yang lain dapatlah saya menyelesaikan tugasan saya itu. Maka pada hari keesokannya saya cuma membantu serba sedikit sahaja. Hari perkahwinan pada hari raya ketiga. Raya keempat saya perlu bergegas pulang ke Kuala Lipis kerana anak saya yang bakal menghadapi UPSR perlu menghadiri kelas tambahannya,maka percutian kami disingkatkan dan hari raya disambut ala kadar sahaja.

Jadi sepanjang peperiksaan anak saya, saya perlu menjenguknya setiap hari untuk bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya. Sehinggalah selesai peperiksaan tersebut. Saya dan keluarga pula bergegas ke Kuala Lumpur sekadar 1 hari setengah untuk melawat mak dan ayah sempena hari raya. Pulang dari Kuala Lumpur 3 orang anak saya dan saya juga mendapat sakit mata. Maka saya perlu berehat dengan baik agar pulih segalanya.

Dan kerana sudah sihat hari ini,maka saya berkesempatan update blog saya dengan jayanya.Tapi untuk sementara juga. Kerana banyak lagi kerja tertangguh yang perlu saya selesaikan. Memang mencabar kehidupan ini.

Sekian buat masa ini,jumpa lagi.

Pesanan: Saya buat yang penting dulu...

Monday, September 06, 2010

Balik Kampung..oooo...Balik Kampung..

Hari ni bermulalah perjalanan untuk pulang ke kampung,setelah selesai menyempurnakan kerja-kerja di rumah seperti membasuh baju sekolah anak,suami dan berkemas serba sedikit.

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kelantan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tahun ni beraya di kampung suami di Kota Bharu. Jadi perjalanan tersebut harap-harap berjalan dengan lancar. Anak-anak nampak gembira bila dengar kami kata nak bertolak hari ni. Maka tahulah mereka puasa nak habis,tunggu nak beraya je. Baju-baju raya masing-masing sayang nak dilipat, katanya nak digantung je kat kereta. Muat ke? Kita tengok je lah.

Kuih-kuih raya yang letih kami berhempas buat, sudah awal-awal lagi di letak di depan pintu dalam plastik. Takut tertinggal. Apa lagi nak bawa ye. Nak pastikan tak ada lagi pinggan kotor di dapur, kalau tak basuh lagi, nampak gayanya balik nanti sah-sah berkulat pinggan tu.

Yang penting sampah dalam tong sampah di dapur dan bilik air,perlu buang,takut berulat lak. Ada seminggu juga nak balik semula ke sini. Duduk kuarters ni, kena pula tingkat 3, letih lah nak turun naik tangga bawa barang-barang nak bawa ke kereta. Mujur mempunyai anak yang ramai,boleh membantu.

Oklah. Saya nak bertolak kejap lagi. Doakan perjalanan yang selamat pergi dan balik.

Pesanan: Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir dan Batin. Bye!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...