Tuesday, June 25, 2019

Musim menghantar anak-anak sambung belajar



Dimana sahaja kamu belajar atau dihantar belajar, bersyukurlah.Kerana masih ramai lagi yang mahu belajar tapi tidak mampu,mahu belajar tapi tiada kelayakan,mahu belajar tapi malas nak belajar.

Alhamdulillah anak saya salah seorang yang berminat untuk menyambung pelajaran nya selepas SPM.Lebih lagi dia pun minat dengan bidang yang dipilih.

Sebagai ibubapa kami menyokong dan menyediakan segala keperluan yang akan digunakan atau diperlukan.

Biarlah anak perempuan belajar tinggi pun,tak payah risau dengan kata-kata "belajar tinggi-tinggi ke dapur juga".Eh mestilah ke dapur,kalau dah lapar kenalah masak,kalau tak lapar lah kau.Hahaha..

Okaylah...saya dah siap daftar anak Sabtu lepas.Seronok pula tengok gelagat anak dan ibubapa masing-masing.Teringat zaman di ITM Shah Alam dulu-dulu.

Bye