Saturday, May 16, 2015

Rindunya zaman pakai public phone

Entah mengapa saya sudah mulai bosan dengan gajet-gajet yang kini hampir semua orang mampu.memilikinya terutamanya handphone.Bezanya sama ada handphone seseorang itu lebih mahal lebih banyak kegunaanya.

Hampir kesemua handphone ada aplikasi we chat,instagram,facebook,whats app dan macam-macam lagi.

Sekarang dimana-mana sahaja kita berada handphone pasti ada ditangan masing-masing.Hingga ke masjid pun handphone tetap dibawa.

Apa yang buat saya bosan dan rimas bila waktu berkumpul sama ada menziarahi keluarga sihat atau sakit,sewaktu makan bersama pasti handphone berada ditangan masing-masing.Sekejap-sekejap menelek handphone masing-masing.

Baik tua atau muda sehingga umur setahun pun dah pandai menggunakan handphone..pandai guna yang touch screen lagi.

Dulu hanya orang yang berkemampuan boleh memilikinya,kini serendah harga rm70-rm90 pun orang mampu membelinya.Atau murah lagi harganya.

Dulu beratur panjang juga kalau nak guna public phone,tapi takde lah pula berbual lama sebab dah tahu ramai yang tunggu giliran.Jadi duit pun tak habis banyak.Setiap rumah pun bukan ada telefon Telekom tu.Kadang-kadang guna nombor jiran sebelah rumah untuk tinggalkan pesanan untuk keluarga kita.

Boleh lihat,zaman ni nak makan pun tak kusyuk,sibuk belek-belek handphone masing-masing.Kejap senyum.Kejap berkerut dahi.Nasi sepinggan nak habiskan pun makan masa berjam-jam.Nak habis macam mana?Sesuap nasi,berhenti belek handphone lagi.Sesuap lagi nasi belek lagi handphone.

Rimas juga.Saya pun buat juga begitu dulu.Kini saya cuba tidak menggunakan handphone jika sedang makan.Barulah lancar makanan masuk dalam perut.

Nak berbual dengan orang yang berada bersama kita nak makan pun takde masalah jika tiada handphone di tangan.Banyak hal boleh kita kongsikan.

Ingatkan negara kita je mengalami keadaan sebegini,negara luar pun sama sehingga keluarlah sketch kartun memperli dan video tentang hal tersebut.

Hmmm...semuanya terserah kepada rasa masing-masing.Tertanya-tanya juga bagaimana keadaan 10 tahun akan datang?...

Pesanan:Canggih sangat bawa padah juga.

9 comments:

  1. saya memang geram dengan orang yang bila makan dan berkumpul pun dia nak hadap smartphone dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kalau ke tempat makan mana2 pun memang ada situasi sebegini

      Delete
    2. Sesuatu yang baru itulah,membawa kita maju kehadapan,pandangan saya sahaja

      Delete
  2. aku juga bosen sebenernya mbak, tapi zaman emang harus berubah :D , salam kenal ya mbak

    ReplyDelete
  3. Attitude tu.. Haha..
    Jom bace blog i..
    Tgh buat study creating success with change attitude..
    Apa pun public phone terbaik.. Pastu ada i talk , kad phone tu haha kenangan2....

    TheNewMinded

    ReplyDelete
  4. Setuju tu. BUkan nak ckp kat org la, saya sendiri pun gitu. Kadang2 la. Henfon ni dah jadi macam habit. Kadang2 tak perasan pun kita tgh kusyuk dgn henfon. Tapi bila tersedar cepat2 simpan.

    ReplyDelete
  5. kena pandai manage penggunaan gadjet tu
    jgn ter-over sudah

    ReplyDelete
  6. Dulu pernah saya guna public phone untuk call seorang awek dari Singapore.. Masuk duit seringgit2, macam air je.. Dapat call sekejab aje pun.. Ini cerita masa zaman sekolah, konon-konon nak bercinta dengan gadis Singapore.. Hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...