Thursday, October 30, 2014

Bila kuih semakin mengecil

Agaknya kerana harga barangan naik sejak kebelakangan ni,maka semua produk makanan pun menaikkan harga.

Dah lama rasanya tidak membeli kuih.Sebab sibuk sangat mungkin.Suatu petang saya ke pasar malam Dong di Raub.Teringin makan kuih kesukaan saya cucur badak dan kuih keria.

Besar ni lah kuih yang telah saya beli.Sedih juga sebab ianya telah mengecil.Saya rasa Dong Raub pun bukanlah bandar besar.Masih lagi kategori kampung.

Mungkin bahan-bahan untuk membuatnya mahal harganya.Maka RM 1 3 biji memadai dengan besar tu.


Memanglah lebih baik buat sendiri kalau nak makan banyak,tapi saya juga ingin membantu agar mereka juga mendapat pendapatan dengan menjual kuih ni.Tiada pembeli tiadalah pendapatan kan.

Saya pun bukan nak salahkan pembuat kuih,tapi tak kenyang pulak rasa makan 3 biji tu je.hehehe...kecik cam kuih mini.

Bagaimana pula ye harga dan saiz kuih-kuih ni 10 tahun akan datang?Terpikir-pikir juga di kepala saya.hmmm.

Pesanan:Janganlah kecil sangat ye saiz kuih tu.

Monday, October 27, 2014

Taska dan aktiviti

Cabaran sangat besar apabila anda mempunyai taska sendiri.Berat tanggungjawab yang perlu dipikul.Tidak boleh lepas tangan sahaja dengan amanah yang diberi ibubapa.



Aktiviti untuk melihat dan memantau perkembangan kanak-kanak inilah yang membezakan penjagaan di taska.


Seawal usia 3 tahun kanak-kanak suka bertanya dan mencuba segala yang dilihat di sekelilingnya.

Jadi bila aktiviti memasak dilakukan,kita pantau dan ajar anak-anak mengikuti langkah demi langkah memasak sesuatu makanan.

Setiap kali mengajar kita selitkan bahaya tentang pisau tajam,kuali panas dan sebagainya.Kanak-kanak mudah faham.

Semoga ibubapa di luar sana jangan risau untuk dedahkan anak-anak suasana memasak di dapur.Memang hasilnya mungkin lambat dan tidak memuaskan...kena ingat kita bukan mahu hasilnya kita mahu anak kita faham kaedahnya.
 Bye,jumpa lagi

Pesanan:Otak kanak-kanak menyerap segala apa yang diajar oleh orang tuanya.

Sunday, October 26, 2014

Aiskrim Pulut

Saya masih bercuti di Kelantan.Hari ni nak balik Kuala Lipis dah. Semalam sewaktu kami sekeluarga berjalan ke Tok Bali,ada lah terjumpa aiskrim.Unik namanya pasti ada bahan unik di dalamnya.

Saya pun suruh suami berhenti.Nak juga cuba apakah aiskrim pulut ni.Biasa makan pun cendol pulut.


Ini antara bahan-bahannya.Ada pulut,roti dan jagung dalam tin.

Hasilnya setelah di letak semua bahan.Roti tu dipotong kecil-kecil.


Yang ini setelah dihabiskan solekannya,diletakkan pula di atas aiskrim tu kacang tumbuk dan coklat rice.

Sudah pun siap untuk dinikmati.Memang sedaplah roti tu jadi lembik diserap oleh aiskrim.Harganya RM2 sebekas tu.

Hmmm....kalau kita kreatif macam-macam lagi kita boleh bubuh dalam tu.Ikut selera kitalah kan.

Pesanan:Bolehlah cuba ye.

Thursday, October 23, 2014

Lukisan Mural di Taska

Inilah antara hasil usaha kami untuk melukis mural di taska baru kami.

 



Masih banyak lagi lukisan bakal menghiasi dinding taska.Tunggu cuti sekolah nanti saya akan sambung semula.Siapa nak ambil idea dan tiru pun tiada masalah.Kerana idea saya pun hadir bila melihat lukisan mural di taska yang lain juga.

Nantikan selanjutnya nanti

Pesanan:Impian menjadi kenyataan