Monday, February 24, 2014

Mainan budak zaman sekarang canggih!



Waktu saya zaman kanak-kanak dulu,kalau nak main masak-masak,kami guna pasir,daun dan periuk bocor yang dah tak guna lagi.Ingat lagi saya petik daun-daun hijau,jadikan lauk,pasir pula jadikan seperti nasi.Kacau pun guna kayu je.

Dulu banyak bermain dengan pasir juga,tapi tak pula kena penyakit.Elok je sihat.Agaknya pasir dulu bersih kot.hehehe.

Tengok zaman sekarang.Mainan budak perempuan macam-macam jenis.Set memasak lengkap disediakan.Hmmm...tapi main dalam rumahl je lah.Kalau main luar kotor pula kan.Set lengkap tu siap dengan dapur.Rasanya harga pun boleh tahan dalam lingkungan RM60-RM70 satu set ni kan.

Kalau mampu beli,kalau tak mampu kita main masak-masak pasir je.Lagi seronok.Saya dulu tak pernah pun merengek minta dibelikan permainan.Mak pernah beli robot untuk adik.Saya pula pernah memiliki satu anak patung baby yang mana bila dicabut puting di mulutnya,baby tu menangis.Ada tak yang pernah memiliki anak patung tu?

Semoga semakin cerdik dan pandai lah budak-budak zaman sekarang.Permainan mereka pun ada kelas gitu!

Pesanan:Anak-anak saya pun saya belikan mainan pinggan mangkuk plastik kat pasar malam je.Boleh je main.

Sunday, February 23, 2014

Saya suka bekas ni,sangat praktikal



Cantik tak bekas tempat letak pinggan mangkuk ni.Saya jalan-jalan di tempat menjual barang-barang plastik,saya terjumpa bekas ni.Sangat praktikal.

Harganya pun boleh tahan.Saya beli dengan harga RM69.90 satu.Pinggan mangkuk anak-anak saya simpan di situ.Mengurangkan pencemaran.Kerana ianya ditutup dengan baik.Jadi selamat untuk simpan pinggan mangkuk di situ.Takdelah berabuk bila tinggal rumah lama-lama.

Selalunya kita simpan pinggan mangkuk di rak-rak pinggan yang terdedahkan.Kalau nak balik kampung lama-lama kena tutup dengan suratkhabar atas setiap rak tu.Leceh jugakan.Dengan adanya rak pinggan plastik ni,rasa selamat lah pinggan mangkuk dari dijilat lipas ke tikus ke kan....

Nanti saya bercadang ada lebihan duit,nak beli lagi.Ada 3 warna,hijau,biru dan pink.

Pesanan:Nampak teratur dan kemas sikit dapur saya...

Friday, February 21, 2014

Usia bukan penghalang menambah ilmu

Ramai di luar sana terutamanya surirumah tangga merasakan tidak perlu lagi untuk belajar.Ini kerana mereka merasakan hidup mereka akan berakhir di rumah sahaja.

Ilmu bukan hanya belajar di kelas akademik sahaja,belajar banyak cabangnya.Belajar memasak pun perlu untuk menambah skill memasak kita disamping menambah menu baru.Barulah hidup menjadi seronok bila dapat ilmu baru.

Ilmu ditambah juga barangkali menambah pendapatan keluarga.Contohnya boleh belajar membuat kuih,kek untuk dijual.Belajar menjahit boleh upah menjahit baju orang.Hidup bertambah gembira.Usia juga bukan penghalang mencari ilmu.Sesiapa sahaja berhak mendapatkan ilmu.

Saya pula asalnya menjaga budak secara suka-suka,akhirnya saya berdaftar dengan JKM di bawah Taska Di Rumah,dan saya berjaya menambah pendapatan keluarga.Apabila diberi peluang menambah ilmu,saya tidak melepaskan peluang,bakal mengikuti Kursus Asas Permata anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang di Kuantan.

Mungkin dengan kursus yang saya sertai kelak akan mendedahkan kepada saya lebih banyak ilmu yang saya tidak ketahui.Kursus yang bakal saya hadiri selama hampir sebulan ni (bermula minggu hadapan),akan menyebabkan saya perlu berkorban.Saya perlu berjauhan dengan keluarga yang selama ini tidak pernah saya tinggalkan sebegitu lama.Demi mencapai cita-cita murni,saya perlu berkorban.

Sudah terlalu lama saya tidak berada dikalangan kelompok kumpulan yang ramai,pasti saya merasa kekok.Saya perlu biasakan diri.Semoga Allah permudahkan segalanya.Semoga kawan-kawan doakan kejayaan saya.

Mungkin sibuk sedikit,jadi saya akan jarang berblog.Selepas ini saya akan kongsikan pengalaman saya berkursus ye.

Jumpa lagi.

Pesanan: Jauhnya tempat kursus dari rumah saya hampir 5-6 jam,mampukah saya menanggung rindu terhadap keluarga yang ditinggalkan.....

Tuesday, February 04, 2014

Homestay atau hotel?


Kebiasaannya homestay menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga.Lebih-lebih lagi jika keluarga besar.Saya sendiri akan mencari homestay jika saya hendak bercuti ke mana-mana.Maklumlah keluarga besar.

Antara ciri-ciri homestay pilihan saya ialah yang mempunyai peralatan dapur yang lengkap untuk memasak.Ini langkah penjimatan yang banyak,jika saya bercuti bersama keluarga.Saya suka kalau dapat memasak sendiri.

Selain itu,jika ada mesin basuh lebih baik.Sebabnya,saya tidak perlu bawa banyak kain baju kalau rasa nak menginap lama di sesuatu tempat.Basuh je baju jemur sekejap,keringlah dia,sementara kita keluar berjalan-jalan.

Kalau dibandingkan dengan hotel,ruang bilik je dah sempit,katil pun ada dua je.Kalau keluarga saya satu bilik tak cukup,mau kena tempah 2 atau 3 bilik.Ha berapa pula harga kena bayar kan.Tu belum lagi hal-hal makanan,biasanya kupon makan satu bilik untuk 2 orang je.Kalau yang lain nak makan pagi sekali kena bayar harga lain lah pulak.Kos lagi tu.

Tapi saya duduk hotel juga sekali sekala terutamanya jika anak-anak nak mandi kolam.Semalaman jadilah,maklumlah mandi kolam dari pagi sampai petang pun,budak-budak ni suka sangat.


Saya pernah bercuti di Sarawak bersama Cikgu Niena.Kami memilih untuk tinggal di homestay.Untuk makan sepanjang penginapan 3 hari 2 malam memang tiada masalah.Kami memasak je.Sangat jimat.Beli barang mentah boleh masak banyak,boleh makan banyak.Lagi-lagi kami 2 family besar.

Keluasan ruang tamu,bilik-bilik yang lengkap dengan perabot,sangat menyelesakan kami sekeluarga.Mudah nak bergerak dan tak statik satu tempat je,sebab ruangnya luas.Anak-anak pun bebas bergerak.

Kalau hotel,duduk je lah terperap kat dalam bilik tu,kalau nak berjalan-jalan turunlah ke lobi hotel,baru bebas bergerak kan.Tapi semua terpulang pada masing-masing yang inginkan keselesaan.

Jadi mana pilihan anda?Jawapan ada pada anda.


Pesanan: Sambil berblog sambil promosi homestay...okaylah tu kan...hehehe