CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, February 26, 2013

Semua dah tak macam dulu....

Sekarang zaman IT.... Perhubungan jauh boleh didekatkan dengan adanya handphone,telefon di rumah dan juga skype....


Sekadar gambar hiasan 

Budak-budak pun dah tak payah ajar guna handphone,laptop,Ipad,Ipod...dan macam-macam lagi,sebab semua dah pandai.Hari-hari tengok orang dewasa  pakai,budak-budak kan cepat meniru.Diorang serendah sekolah rendah dah ada handphone dan Ipad tau.


Macam-macam jenis gadjet kat pasaran...Pilih mana yang berkenan,nak mahal ada, murah pun ada.Tapi banyak keburukan juga.

Dah lama suami saya bercerita,dulu sewaktu 'time rehat' kat kantin,semua dapat berbual mesra.Macam-macam cerita masing-masing sibuk bahas dan ulas.Tapi sekarang ni,katanya pandang kanan sibuk dengan handphonenya,pandang kiri sibuk dengan Ipadnya,pandang depan sibuk dengan laptopnya,pandang belakang sibuk dengan kamera barunya.Habis tu nak berbual dengan siapa.Tak best dah..katanya...

Pernah tak korang telefon kawan ke,saudara ke,waktu korang bercakap dengan dia perasan tak macam dia dengar tak dengar je apa yang korang cakapkan.Boleh tanya balik pulak."Eh apa kau tanya tadi?"Bila tanya "kau tengah buat apa tu?".."ni tengah baca bla bla bla kat internet ni"...apa perasaan korang?

Waktu perjumpaan kat kenduri kendara pun macam tu jugakan.Hari raya pun macam tu jugakan...Dulu sibuk dengan rancangan TV sedap-sedap kan bila time raya...sekarang ni tak kisah dah dengan rancangan TV,boleh tengok kat Tonton atau You Tube kan.

Sekarang ni lagilah,banyak aplikasi baru boleh naik muat turun kat gadjet masing-masing.Kalau dalam komuter ke,dalam bas ke,takde dah yang bawa buku atau suratkhabar nak baca.Semua baca dalam internet je.Mudah je kan.

Tak seronok macam zaman dulu.seronoklah teringat zaman dulu.

Pesanan:Masa dah banyak berubah......rasa nak ulang zaman saya dulu...

13 comments:

  1. sekarang kebanyakan orang sibuk dengan gadget... dan kadangkala boleh menimbulkan satu rasa annoying pada pihak yang satu lagi... hu hu hu...

    bukan tak boleh tapi kena lah respect orang lain yang ada dengan kita jugak... seolah2 komunikasi semakin kurang di kalangan kita... lebih kepada komunikasi di gadget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah....lain orang lain pendapat mereka kan..

      Delete
  2. memang ketara sangat skrg ni..ade kebaikan tapi byk jgk keburukan..

    ReplyDelete
  3. Betulbetul. Setuju sgt. kadang2 rasa bosan bila berkumpul ramai2 tapi semua buat hal masing-masing dgn gadget masing-masing. Yang peliknya, bila kat laman sosial, semua peramah kemain. Tapi dgn org yang ada di alam realiti tak plak peramah mcm tu. *sebenarnya saya pun sama jugak. Heheh./

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah..benda ni semua orang buat cuma antara sedar dengan tidak je kan...saya pun kadang-kadang tak sedar..

      Delete
  4. anak2 belum lagi diajar sepenuhnya guna gajet ni...
    sebenarnya ia keperluan penting...macam nak buat polio cari nak internet saja...
    ada kerja sekolah call mama kat opis, senangkan...
    belum ada rezeki untuk anak2 lagi buat masa ini....

    ReplyDelete
  5. betul lah kak.... munna pun baru je beli ipad utk anak.... penggunaan gadjet ni kena lah kita pantau selia.... jgn download games je.... banyak juga aplikasi pembelajaran untuk budak2 yg berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kena pemantauan dari ibubapa juga kan..tapi tu tuk budak2...orang dewasa ni cam ne ye..

      Delete
  6. assalam..ehem memang zaman dah berubah..masa yg lalu tak menugkin berulang lagi..hu2x.. budak2 skrg memang terlebih pandai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindulah mama saat2 petang2...main kat luar rumah...main baling-baling selipar...tak macam budak sekarang ..mengurung main internet

      Delete
  7. mmg pun kdg² terasa jugk dibuatnya....

    ReplyDelete

Sudi2 lah meninggalkan sebarang komen atau pandangan untuk entry ini.

Komen @ pandangan anda amat saya hargai.

Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...